Pelayan maut ditembak kerana lambat siapkan sandwich pelanggan

Seorang pelanggan bertindak menembak pelayan di sebuah restoran berhampiran Paris hanya kerana Sandwich yang dipesannya lambat dihantar kepadanya. 
Rakan sekerja mangsa terus menghubungi polis selepas suspek menembak bahu mangsa dengan pistol dalam kejadian yang berlaku pada malam Jumaat lalu. 
Rakannya cuba merevive mangsa yang berusia 28 tahun itu tetapi gagal berbuat demikian dan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian. 
Menurut saksi, suspek hilang kesabaran kerana sandwich yang dipesannya tidak disediakan dengan cepat dan telah melarikan diri selepas melepaskan tembakan. 
Difahamkan, polis sedang giat memburu suspek yang masih bebas. 
Kejadian itu juga mengejutkan penduduk di kawasan itu. 
“Dia dibunuh hanya kerana sandwich? Tak sangka betul dan ia amat menyedihkan. 
“Restoran ini selalu sepi dan tidak mempunyai sebarang masalah dan baru dibuka beberapa bulan lalu,” katanya. 

Sumber : TheReporter