Dinding bilik runtuh akibat letupan dalam rumah (7 gambar)

Seorang wanita berusia 50-an cedera akibat letupan yang berlaku di dalam rumahnya di tingkat 20, Pangsapuri Desa Green, Jalan Paya Terubong, Georgetown, hari ini. 
Menurut jurucakap Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.16 pagi tadi dan anggotanya dari Balai Bomba dan Penyelamat Paya Terubong dikerahkan ke lokasi kejadian. 
Sebaik tiba, mereka mendapati mangsa mengalami kecederaan di badan dan diberikan rawatan lanjut. 
Pemeriksaan mendapati, bahagian dinding rumah di dua bilik runtuh, tingkap di ruang depan rumah turut tercabut selain barang-barang berselerakkan akibat letupan itu. 
Rumah jiran yang berhampiran turut mengalami keretakan pada dinding. 

Punca letupan sedang disiasat. 
Sumber: Harian Metro

Sumber : TheReporter