Segway-Ninebot Hadir Dengan Skuter Elektronik Yang Boleh Swapandu Ke Pusat Pengecasan

Pada hari ini, terdapat beberapa penyedia perkhidmatan yang membolehkan pengguna melanggan skuter elektronik dan membawa ia ke destinasi dengan mudah. Walaubagaimanapun, salah satu perkara yang sedikit mencabar dalam pengurusan perkhidmatan berkenaan adalah keperluan mengecas skuter elektronik berkenaan.

Kini, dalam usaha mengatasinya, Segway-Ninebot telah pun memperkenalkan skuter swapandu mereka tersendiri, dinamakan KickScooter T60.

Skuter ini dijangka dipasarkan pada awal tahun hadapan. Skuter ini boleh swapandu terus ke pusat pengecasan, tanpa memerlukan sesiapa membawanya. Ia juga dijangka mengintegrasikan beberapa sokongan kecerdasan buatan dalam memastikan swapandu tanpa manusia dengan baik.

KickScooter T60 ini dijangka dipasarkan pada harga hampir 10,000 yuan, iaitu sekitar RM5929 – yang mana boleh dikatakan agak mahal jikalau dibandingkan beberapa skuter elektronik lain dipasaran hari ini.

Sumber : Amanz