Supreme Akan Memasarkan Telefon Bimbit 3G

Supreme merupakan salah satu jenama yang tidak asing lagi dikalangan peminat hypebeast. Terkini, untuk katalog musim akan datang, pihak Supreme turut hadir dengan sejumlah produk baru untuk dipasarkan, termasuk salah satunya adalah sebuah telefon bimbit.

Telefon Supreme

Telefon bimbit Supreme ini dilihat merupakan telefon bimbit BLU Zoey 2.4 yang dijenamakan semula. Melaluinya, ia menawarkan skrin 2.4-inci berwarna, menawarkan storan 128MB secara terbina, sebuah kamera VGA, dan juga menyokong rangkaian 3G. Ia disenaraikan dibawah nama Supreme Blu Burner Phone.

Telefon pintar ini turut menawarkan sokongan dwi-SIM, selain penjenamaan logo Supreme yang besar pada bahagian belakang telefon berkenaan.

Buat masa ini, harga jualannya masih tidak diketahui lagi. Tetapi, dengan penjenamaan Supreme, semestinya ia tidak begitu murah.

Sumber : Amanz