Redmi Note 8 Dan Note 8 Pro Bakal Diperkenalkan Minggu Hadapan – Dengan Kamera 64MP

Redmi Note 8Redmi telah pun sedia menjadualkan sebuah acara pada 29 Ogos kelak, yang mana mereka dijangka memperkenalkan sebuah televisyen pintar. Selain daripada Redmi TV, kini mereka turut memperlihatkan yang mana akan melancarkan dua telefon pintar baru pada 29 Ogos kelak.

Dua telefon pintar berkenaan adalah Redmi Note 8 dan juga Redmi Note 8 Pro. Ia dijangka hadir dengan empat kamera pada bahagian belakang, dan menariknya, model Redmi Note 8 Pro turut dijangka hadir dengan kamera belakang 64-megapixel.

Buat masa ini, spesifikasi penuh telefon pintar berkenaan masih tidak diketahui lagi. Sama-sama kita nantikan minggu hadapan untuk melihat apakah kejutan yang bakal dibawakan oleh Redmi.

Sumber : Amanz