Samsung Tawar Rebat RM1000 Untuk Pembelian Kedua Galaxy Note 10 Di Jerayawara Mereka

Samsung Malaysia kini telah mengemaskini laman rasmi, sekaligus memperlihatkan sejumlah penawaran menarik yang menanti pengguna pada jerayawara Samsung Galaxy Note 10 yang akan berlangsung pada minggu ini.

Samsung Galaxy Note 10

Salah satu promosi menarik yang disediakan adalah rebat RM1000 untuk pembelian Galaxy Note 10 atau Galaxy Note 10+ kedua dalam resit yang sama.

Selain daripada itu, Samsung turut menawarkan Galaxy Fit secara percuma untuk pembelian Galaxy Note 10 dan Note 10+ (256GB), sementara pembelian Galaxy Note 10+ (512GB) pula akan menerima Galaxy Watch Active secara percuma.

Galaxy Note 10 Jerayawara

Pembelian juga turut hadir dengan jaminan tambahan selama setahun, selain beberapa penawaran menarik lain.

Bagi anda yang berminat mendapatkan Galaxy Note 10 atau Note 10+, boleh ke jerayawara Samsung yang akan diadakan antara 23 Ogos hingga 25 Ogos 2019 ini di Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur; Queensbay Mall, Pulau Pinang; Mid Valley Southkey, Johor; East Coast Mall, Pahang; dan Imago KK, Sabah.

Galaxy Note 10 ditawarkan pada harga RM3699 di Malaysia, sementara Galaxy Note 10+ ditawarkan pada harga bermula RM4199.

Sumber : Amanz