Teksi Terbang VoloCity Diperlihatkan – Produk Komersil Pertama Syarikat Teksi Swaterbang Volocopter

Setelah menjalankan lebih dari 1000 penerbangan ujian dan beberapa model prototaip sebelum ini, Volocopter, ataupun namanya sebelum ini, E-Volo telahpun hadir dengan teksi terbang swapandu komersil pertamanya yang dinamakan VoloCity.

Sama seperti model-model sebelum ini, VoloCity ialah teksi terbang swapandu yang merupakan kenderaan e-VTOL (e-Vertical, Take Off and Landing) yang mampu membawa dua penumpang dengan bagasi tangan dalam jarak lingkungan 35KM pada kelajuan 110KM/J.

Kenderaan VoloCity ini dilengkapi 18 rotor dengan rekaan unik dan juga unit penstabilan untuk memastikan setiap penerbangan dengan kenderaan ini adalah stabil dan selancar yang mungkin.

Lengkapnya pembangunan kenderaan VoloCity ini juga selari dengan azam Volocopter untuk membina lapangan teksi terbang yang akan menjadi tempat pengecasan dan perlepasan kenderaan-kenderaan ini.

Volocopter telah mengumumkan dimana mereka akan menguji teksi-teksi terbang ini di Singapura pada pertengahan kedua tahun ini, jadi terdapat kemungkinan kita akan dapat melihat VoloCity ini melakukan penerbangan terbuka pertama di pulau republik tersebut.

Sumber : Amanz