Jadual Bila Peranti Nokia Akan Menerima Android Q Kini Diketahui

HMD Global baru sahaja mengumumkan akan menyambung sokongan kemas kini ke sistem operasi untuk peranti generasi pertama mereka selama setahun minggu lalu. Hari ini mereka berkongsi pula jadual bilakah setiap peranti akan menerima kemas kini ke sistem operasi Android 10 Q.

Ciapan dari Juho Sarvikas menunjukkan Nokia 9 Pureview, Nokia 8.1 dan Nokia 7.1 akan menerimanya pada suku keempat 2019. Proses mengemaskini peranti-peranti lain di dalam portfolio mereka kemudian diberikan secara berperingkat sehingga suku kedua 2019. Secara keseluruhan 17 peranti Nokia akan dikemaskini ke Android Q. Jika anda memiliki peranti Nokia keluaran HMD Global, anda boleh merujuk grafik di atas.

Sumber : Amanz