Nenek tiri rendam kaki cucu dalam air panas sehingga melecur kerana terlalu nakal

Kanak-kanak perempuan berusia dua tahun nyaris kehilangan kedua-dua belah kakinya selepas neneknya merendam kaki mangsa dalam air panas sehingga kelihatan seperti memakai stoking merah. 
Mangsa, Kaylee Robinson mengalami luka melecur dan melepuh di pergelangan kaki ke bawah selepas kedua-duanya kakinya direndam dalam air panas. 
Nenek tiri mangsa, Jennifer Vaughn telah didakwa mencederakan mangsa dalam kejadian yang berlaku di rumahnya di Chattanooga, Tennessee pada 11 Ogos lalu. 
Difahamkan, suspek mengaku mencederakan mangsa sebagai hukuman kerana berkelakuan nakal. 
Suspek adalah ibu kepada Kyle Vaughn, tunang kepada ibu mangsa, Brittany Smith. 
Ekoran kecederaan itu, mangsa terpaksa menjalani dua pembedahan dan kecederaannya tidak menunjukkan sebarang perkembangan positif seperti yang diharapkan doktor. 
Sumber: The Sun

Sumber : TheReporter