Huawei Tidak Akan Melancarkan Telefon Pintar Dengan Harmony OS Tahun Ini

Sekatan yang dikenakan ke atas Huawei awal tahun ini memulakan ura-ura mereka akan mula menggunakan sistem operasi buatan sendiri dengan kod nama HongMeng OS. Tetapi minggu lalu sistem operasi yang diberikan nama rasmi Harmony OS akhirnya dilancarkan dan digunakan pada skrin pintar keluaran Honor. Kini menurut laporan CNET, Huawei mengesahkan tidak akan melancarkan telefon pintar Harmony OS pada tahun ini.

Ini disahkan sendiri oleh Vincent Yang, timbalan presiden kanan Huawei di sebuah acara yang berlangsung di New York. Pengakuan ini adalah berlainan dari apa yang diucapkan beberapa bulan lalu selepas Huawei dilarang dari menggunakan sistem operasi Android. Buat masa ini Harmony OS akan hanya digunakan pada peranti terhubung keluaran Huawei.

Huawei baru sahaja diberikan lesen untuk berurusan dengan syarikat dari A.S selama 90 hari lagi minggu ini. Penggunaan Harmony OS pada telefon pintar Huawei amat bergantung sama ada lesen ini akan diteruskan lagi selepas ini.

Sumber : Amanz