Bose Melancarkan ‘Portable Home Speaker‘ – Pembesar Suara ‘Pintar’ Mudah Alih

Nampaknya kali ini Sonos ketinggalan satu langkah kebelakang. Kerana Sonos Move, iaitu pembesar suara pintar mudah alih mereka hanya tertiris sebelum ini dan belum dilancarkan. Bose pula hari ini telah melancarkan pembesar suara pintar mudah alih mereka ‘Bose Portable Home Speaker‘.

Bose Portable Home Speaker mempunyai berat sekitar 1KG dan berdimensi 19.05cm tinggi dan lebar 10.16cm. Pembesar suara ini direka untuk mudah di bawa ke mana sahaja dengan satu pemegang.

Ia juga menyokong AirPlay 2, Spotify Connect, Amazon Alexa dan juga Google Assistant melalui sambungan Bluetooth atau WiFi. Bateri pula dikatakan bertahan selama 12 jam dan mempunyai kualiti audio dengan bass yang lebih dalam dan pengedaran bunyi 360 darjah.

Ia turut mempunyai aplikasi ‘The Bose Music‘ untuk lebih kawalan dan menambat pembesar-pembesar suara lain seperti SoundLink Micro, Color, Mini, dan Revolve untuk bunyi yang lebih imersif. Tidak cukup dengan itu, kelak pada tahun hadapan, Bose akan menambah sokongan menambat dua Bose Portable Home Speaker untuk pengedaran bunyi 360 darjah yang lebih mengasyikkan.

Bose Portable Home Speaker akan mula dijual pada 19 September dengan dua pilihan warna, Triple Black dan Luxe Silver. Harga jualan adalah $349, iaitu sekitar RM1460 sahaja.

Sumber : Amanz