Imej Lakaran OnePlus 7T Pro Tertiris – Hadir Dengan Rekaan Kamera Berbentuk Bulat

Jika OnePlus mengekalkan trend mereka, sepatutnya tahun ini mereka akan hadir dengan sebuah lagi peranti mercu dengan nama ‘T’. Nampaknya perkara ini tidak mustahil kerana terdapat informasi baharu mengenai rekaan OnePlus 7T Pro. Ia bukannya seperti OnePlus 7 Pro, tetapi mempunyai rekaan yang lebih unik.

Jika anda ingat, Disember tahun lepas terdapat satu gambar peranti OnePlus yang tertiris yang dikatakan adalah OnePlus 7 Pro. Tetapi perkara itu tidak benar, peranti dengan rekaan kamera berbentuk bulat itu berkemungkinan besar adalah OnePlus 7T Pro. Evan Blass baru-baru ini telah meniriskan imej lakaran buat peranti ini – jadi ada kemungkinan besar ia adalah benar.

Disebabkan OnePlus kini lebih fokus ke arah 5G, OnePlus 7T Pro juga mungkin akan hadir dengan dua variasi – iaitu yang biasa dan mungkin yang 5G. Spesifikasi sudah pasti akan menggunakan Snapdrgaon 855+ kerana ia lebih berkuasa dan dengan kamera yang bulat besar ini, pasti mempunyai hasil imej yang lebih baik. Apa-apa pun buat masa ini informasi OnePlus 7T Pro masih lagi terhad, jadi sama-sama kita nantikan.

Sumber : Amanz