SHAREit Lite Dilancarkan – Aplikasi Perkongsian Fail Yang Lebih Ringan Dan Tanpa Iklan

SHAREit adalah antara yang terawal memperkenalkan fungsi perkongsian fail antara banyak peranti. Pengguna boleh kongsi fail antara iOS dan Android atau iOS dan Windows dan sebagainya. Ia menggunakan hotspot seperti mana yang Files Go daripada Google gunakan. Tetapi masalah dengan aplikasi ini adalah ia penuh dengan iklan yang sangat menjengkelkan.

Baru-baru ini SHAREit Lite telah dilancarkan. Ia menyasarkan untuk pengguna di negara yang membangun yang mempunyai sambungan Internet yang perlahan. Saiz aplikasi adalah 10MB yang mana lebih kecil berbanding versi biasa yang bersaiz 25MB. Kemudian, disebabkan aplikasi ini lebih ringan – ia tidak boleh berfungsi sebagai pengurus fail, hanya kongsi fail sahaja.

Lebih menarik adalah, SHAREit Lite tidak mempunyai sebarang iklan. Tetapi ada kemungkinan besar apabila aplikasi ini popular iklan mungkin akan disertakan, kerana itu adalah cara untuk mereka jana wang. Aplikasi ini juga lebih seronok digunakan kerana ia turut sertakan fungsi permesejan dan pengguna boleh berbual sambil berkongsi fail di dalamnya.

Buat masa ini aplikasi ini hanya boleh dipasang secara rasmi di negara-negara terhad sahaja. Tetapi jika anda ingin mencuba aplikasi ini, boleh sahaja pasang fail .APK melalui pautan di bawah.

SHAREit Lite Di Play Store

SHAREit Lite Di APK Mirror

Sumber : Amanz