OnePlus TV Disahkan Hadir Dengan Panel QLED Dan Menjalankan Android TV

Semalam OnePlus telah mengacah imej produk televisyen mereka, OnePlus TV. Ia dilihat mempunyai ‘dagu’ yang sedikit tebal jika dibandingkan dengan televisyen-televisyen moden sekarang. Hari ini terdapat lagi informasi mengenai OnePlus TV.

Naib Presiden OnePlus di Perancis hari ini telah mengicau imej informasi mengenai OnePlus TV. Televisyen ini akan menggunakan panel jenis QLED, yang mana lebih berbeza dengan OLED. QLED masih berada dalam kategori LCD, cuma di antara panel LCD itu terdapat LED yang diberi nama Quantum Dot. Bagi yang masih kurang jelas, OLED mempunyai warna hitam yang sangat gelap dan hanya bahagian berwarna sahaja LEDnya akan menyala. QLED pula akan sentiasa menyala dan menggunakan banyak kuasa – tetapi mempunyai warna dan kecerahan yang lebih terang.

Awal bulan Ogos terdapat laporan yang mengatakan OnePlus TV mungkin akan menjalankan Android TV. Kini akaun Twitter Android TV Rumors mengesahkan yang Google baru sahaja mengiktiraf produk OnePlus yang akan menjalankan Android TV. Kod nama untuk OnePlus ini adalah “Oneplus_Dosa_IN“.

 

Sumber: [1], [2]

Sumber : Amanz