Spesifikasi OnePlus TV Tertiris – Dijana MediaTek 5670 Dengan RAM 2GB

OnePlus TV adalah produk baharu OnePlus yang akan dilancarkan pada bulan September ini. Ia akan menjalankan Android TV dan turut akan berfungsi sebagai hab sosial pintar. Hasrat OnePlus adalah televisyen mereka akan menjadi standard untuk semua televisyen pintar di masa akan datang.

Kita sudah tahu OnePlus TV akan menggunakan panel QLED dan salah satu saiz televisyen mereka adalah 55-inci. Saiz-saiz lain jika kita ikut informasi yang tertiris adalah 43-inci, 65-inci dan 75-inci. Kemudian gambar acah juga telah mereka perlihatkan, ia mempunyai dagu yang sedikit tebal.

Baru sahaja tadi, sedikit spesifikasi buat televisyen ini telah tertiris. Ia akan dijana dengan cip pemprosesan MediaTek 5670 dengan CPU 4-teras ARM Cortex-A53 dan dipadankan dengan memori 2GB RAM. Untuk grafik ia akan menggunakan GPU 3x ARM Mali G51 dan resolusi dilihat adalah HD penuh. Ini mungkin adalah variasi 43-inci yang dikatakan khusus untuk pasaran India. Kerana OnePlus TV dikatakan akan mempunyai resolusi sehingga 4K. Untuk spesifikasi penuh dan maklumat lanjut, kita perlu sama-sama nantikan pelancarannya tidak lama lagi.

Sumber : Amanz