Huawei Nova 5T Bakal Dilancarkan Di Malaysia Pada 27 Ogos 2019

Huawei Malaysia telah pun mengatakan bakal memperlihatkan Huawei Nova 5T pada acara KLFW 2019 minggu ini. Selain daripadanya, kini Huawei turut telah mula menghantar jemputan untuk acara pelancaran telefon pintar berkenaan pada minggu hadapan, 27 Ogos 2019 ini.

Mengikut beberapa desas-desus, Huawei Nova 5T dijangka hadir dengan empat-kamera belakang, selain mungkin menyertakan cip pemprosesan berkuasa bersama-sama dengannya.

Dengan penjenamaan Nova, kita mungkin melihat ia ditawarkan pada harga sekitar kurang RM2,000 di Malaysia.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan 27 Ogos 2019 ini untuk melihat sendiri apakah kejutan yang akan dibawakan oleh pihak Huawei melalui Nova 5T yang akan dilancarkan secara rasminya pada peringkat global, di Malaysia.

Sumber : Amanz