Cip HiSilicon Kirin 990 Akan Dilancarkan Pada 6 September

Beberapa hari yang lalu video acah telah dikongsi oleh Huawei memberikan gambar pemproses baharu akan dilancarkan dalam masa terdekat. Semalam mereka berkongsi sebuah video baharu yang akhirnya mengesahkan pemproses HiSiicon Kirin 990 akan dilancarkan pada 9 September ketika acara IFA Berlin.

Kirin 990 ialah cip yang telahpun disahkan menjana Huawei Mate X yang telah dikemaskini. Secara tradisinya, cip terkini Kirin akan digunakan pada peranti Mate maka bolehkah dikatakan ia juga akan menjana peranti Mate 30 kelak. Seperti Kirin 980, Kirin 990 bakal dihasilkan menggunakan teknologi 7nm. Berbanding cip generasi sebelumnya, Kirin 990 akan menyokong rakaman video 4K 60FPS.

Sumber : Amanz