Mingguan Amanz – Android 10, Xiaomi Mi 9T Pro, Realme 5 Pro, Galaxy A50s

Minggu ini menyaksikan Xiaomi secara rasminya memperkenalkan Redmi K20 Pro untuk pasaran global dengan nama Xiaomi Mi 9T Pro. Ia dijangka diperkenalkan di Malaysia pada minggu akan datang ini.

Selain Xiaomi, pihak Realme turut tidak ketinggalan dan telah memperkenalkan Realme 5 dan Realme 5 Pro di India. Kedua-duanya hadir dengan rekaan skrin bertakuk, selain empat kamera dibahagian belakang.

Oppo pula telah mula mengacah yang mana mereka akan memperkenalkan Oppo Reno2 dengan sokongan zum 20x pada minggu akan datang ini.

Tidak ketinggalan adalah Samsung, dimana mereka telah memperkenalkan dua telefon pintar baru dibawah siri Galaxy A, iaitu Galaxy A50s dan juga Galaxy A30s. Kedua-duanya hadir dengan penawaran spesifikasi yang dinaik-taraf, dan bateri bertahan lebih lama.

Google pada minggu ini telah mengumumkan nama akhir kepada Android Q, yang mana kini dinamakan Android 10. Bersama-sama dengannya juga, Google memperkenalkan logo baru untuk Android.

Akhir sekali, Facebook kini memperkenalkan halaman khas dinamakan Off-Facebook Activity yang membolehkan pengguna mengawal pelbagai akses yang diberikan mereka ke laman-laman lain menggunakan akaun Facebook.

Sumber : Amanz