(Video) Cubaan Lari ‘Rumah’ Gagal, Monyet Terkejut Dinding Retak Lepas Hentak Dengan Batu

Terperangkap atau terkurung di dalam sesuatu tempat yang kecil sudah pastinya membataskan pergerakan haiwan ini.

Baru-baru ini, tular sebuah rakaman yang memaparkan tindakan seekor monyet cuba melarikan diri daripada salah satu  ruang pameran di sebuah zoo di China.

Insiden lucu itu memperlihatkan tindakan seekor monyet cuba meruntuhkan dinding kaca dengan menghentakkan batu kearah dinding kaca itu.

Usahanya ternyata berhasil apabila dinding gelas itu retak dan sekali gus memeranjatkan monyetnya. Reaksi pantas monyet tersebut yang terlompat kebelakang menimbulkan rasa geli hati para pengunjung dan juga warganet yang menonton rakaman itu.

Menurut Tian Shuliao, seorang kakitangan Zoo Zhengzhou, monyet itu merupakan monyet yang paling pintar di dalam zoo tersebut.

Monyet ini tidak seperti monyet yang lain. Ia tahu cara untuk memecahkan kacang. Apabila kita memberi makan kacang kepada monyet yang lain, mereka hanya tahu menggigitnya.

Tambahan lagi, monyet itu juga dikatakan tidak pernah membuat tindakan seperti itu pada mana-mana dinding cermin di sekelilingnya.

Tetapi ia tidak pernah menghentak dinding kaca sebelum ini. Ini adalah kali pertama, Ia adalah kaca yang kukuh, jadi ia tetap tidak boleh keluar.

Walau bagaimanapun, cermin itu dikatakan tidak pecah namun cuma mengalami keretakan pada bahagian permukaannya. Perkara ini adalah kerana cermin kaca tersebut merupakan cermin yang kukuh.

Sejak insiden itu berlaku, pihak zoo mengambil keputusan untuk mengeluarkan semua batu dan peralatan lain yang boleh digunakan monyet sehingga boleh merosakkan kemudahan di dalam zoo itu.

Sumber: Scroll.in

Sumber : SiakapKeli