“Dah Jadi Mak Ayah Budak Tapi Takda Akal”, Netizen Berang Individu Tak Sensitif Tinggal ‘Pampers’ Atas Pinggan Kenduri

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Majlis perkahwinan diadakan adalah untuk meraikan dan juga memperkenalkan pasangan pengantin baru kepada komuniti setempat. Tetamu yang datang akan diraikan dengan menghidangkan pelbagai aneka makanan oleh pihak tuan rumah. Kenduri yang diadakan kebiasaannya dipenuhi dengan adab yang sangat sinomin dengan masyarakat Melayu.

Setiap orang yang menghadiri sesuatu majlis perkahwinan  perlulah menjaga setiap tingkah laku agar tidak mencemari sesuatu majlis yang diadakan. Perkara ini adalah kerana tingkah laku yang buruk pada satu majlis keramaian akan membawa kesan buruk kepada diri sendiri malah turut melibatkan pihak tuan rumah.

Melalui satu perkongsian oleh seorang individu dalam halaman Twitter miliknya, menunjukkan gambar yang tidak enak untuk dilihat.

Sikap tidak bertanggungjawab tersebut dilihat sebagai satu pencemaran terhadap majlis perkahwinan itu. Perkara itu juga dilihat sebagai menjijikkan kerana pinggan tersebut digunakan untuk menjamu selera namun ianya dicemari dengan lampin pakai buang yang kelihatan sudah ‘berisi’.

Rata-rata warganet yang melihat perkongsian tersebut nyatanya kesal dengan tindakan individu yang meninggalkan lampin tersebut di dalam pinggan.

“Tak ada ada, pinggan tu orang guna untuk makan pi letak benda tu”

Di samping itu, terdapat juga segelintir warganet yang berkongsikan pengalaman mereka yang seakan-akan kejadian tersebut.

“Kadang tu nampak kat kedai makan pun boleh letak je atas meja”

“Dah jadi mak ayah budak still takda akal nak buang kat tempat yang betul”

“Bodoh betul, tak tahu nak buang pampers kat mana! bangang!

Sumber: Faqihuddin

Sumber : SiakapKeli