Evolusi Baju Kalis Peluru Sepanjang Zaman

Apabila kita bercakap tentang perlindungan
daripada tembakan peluru, rata-rata daripada kita terfikir akan jaket kalis
peluru bernama Kevlar. Tetapi, sebelum penemuan bahan Kevlar ini, kita balik ke
beberapa ratus tahun dahulu, di mana dalam artikel ini, saya akan secara
khususnya berbincang mengenai jaket kalis peluru dan sedikit sejarah
mengenainya. Saya akan banyak menumpukan kepada jaket kalis peluru di zaman
moden dan hanya menyentuh sedikit sahaja mengenai sejarah penciptaan jaket
daripada bahan yang lain.

Jaket yang dibina untuk mengelakkan diri daripada
ditembak oleh busur panah pada zaman dahulu dibina daripada besi, dan pakaian
ini dipakai bersama dengan perisai yang dibawa oleh seorang pahlawan menjadi tidak
relevan setelah terciptanya serbuk belerang oleh masyarakat Cina.

Daripada situlah, senjata api mulai dicipta, dan
walaupun konsep perisai masih lagi digunakan untuk pasukan-pasukan khusus
seperti yang kita lihat dalam video gam Rainbow Six Siege, yang mana perisai
tersebut yang dikenali sebagai balistic shield sememangnya wujud dan digunakan
oleh pasukan polis taktikal seperti SWAT.

Berbalik pada tahun 1538, Italian Duke of Urbino
telah memuatkan askarnya yang berada di Itali dengan pemakaian jaket kalis
peluru ini. Model yang asal dikatakan diperbuat daripada besi Damaskus. Pada
tahun 1642, semasa peperangan saudara Amerika, pasukan kavalri Oliver Cromwell
dikatakan memakai plat dada (breastplate) yang dibina daripada 2 lapisan besi yang direka khas untuk menghalang daripada terkena t3mbakan
peluru musket.

Perisai Kalavlri Oliver Cromwell yang dilelong pada harga RM35,000 – ima USA

Semasa
ekspedisi Amerika ke Korea dalam pertempuran Ganghwa semasa Shinmiyangyo pada
tahun 1871, pasukan tentera Amerika ini telah berjaya menawan dua askar Korea
dan mendapati tentera mereka memakai jaket yang diperbuat daripada
lapisan-lapisan sutera yang ditenun menjadi jaket kalis peluru.

Set kali peluru yang dipakai oleh Ned Kelly dan ahli kumpulannya – Travel Insider

Kemudian,
pada tahun 1880, dalam satu kejadian di Australia yang begitu popular, Ned
Kelly bersama-sama 3 rakannya merompak bank dengan memakai helmet, jaket dan
apron yang diperbuat daripada besi. Jumlah berat baju mereka itu adalah
sebanyak 45 kilogram, dan mereka semua mau7 akibat ditemb4k oleh polis pada
kaki dan tangan mereka sebanyak berkali-kali.

Pada tahun 1893. seorang mayor yang merupakan
mayor kepada negeri Chicago di Amerika Syarikat mau7 ditembak oleh penjenayah. Kematian mayor bernama Harrison Carter
Senior itu membuatkan seorang paderi yang asalnya seorang jurutera bernama
Casimir Zeglen mencipta jaket kalis peluru berasaskan sutera. Kemudian, dia
bersama Jan Szczepanik menambahbaik penciptaan jaket ini dan mereka mula
menjualnya pada tahun 1901.

Iklan kereta model Pontiac Six

Akan tetapi,
kosnya mencapai setinggi 800 USD ketika itu. Murah bukan? Tidak! Jika nak
dibandingkan dengan harga kereta pada ketika itu, sebuah Pontiac Six beharga
745 USD tak termasuk urusan penukaran nama di JPJ dan insurans first party (melawak
je, jangan serius sangat). Secara dalam konteksnya, tukaran wang sebanyak 800
USD ketika itu adalah bersamaan dengan 15000 USD untuk waktu sekarang. Jadinya,
harganya amat Yahudi kerana kualiti tenunan dan kejuruteraanya amat baru ketika
itu.


Seragam terakhir yang dipakai oleh Sir Archduke Franz – Wikipedia

Pada bulan
Jun, tahun 1914, semasa lawatan Sir Archduke Franz Ferdinand ke Sarajevo,
beliau telah mau7 akibat dit3mbak oleh Gavrilo Princip yang baru sahaja berusia
19 tahun daripada kumpulan The Black Hand. K3matiannya ini mencetuskan Perang
Dunia Pertama, namun, apa yang ramai tidak ketahui ketika itu adalah Sir
Archduke Franz ini sebenarnya memakai jaket kalis peluru yang baru sahaja
dicipta beberapa belas tahun yang lalu, namun, dia dit3mbak di bahagian leher.

Semasa
peperangan dunia pertama, terdapat satu jenis perisai yang dinamakan sebagai
Brewster Body Shield. Perisai ini mempunyai berat sebanyak 18 kilogram dan
tidak melepasi ujian kerana bentuknya dan beratnya yang sebegitu rupa membuatkan
seseorang penat berjalan dan kemungkinan mat1 kepenatan dan kepanasan, bukan
mati akibat dit3mbak.

Brewster Body Armour yang kacak bergaya – Wikipedia

Semasa tahun
1920 di Amerika Syarikat, kegiatan samseng dan mafia semakin menjadi-jadi. Hasil
jualan d4dah dan wang perjudian dilaburkan kepada jaket kalis peluru yang pada
ketika itu menggunakan teknologi yang sama seperti yang dicipta oleh Zeglen.
Harga yang Yahudi (tinggi) tidak menjadi masalah untuk kumpulan ini kerana
kebanyakkan mereka kaya, dan lebih kaya daripada apa yang mampu dibekalkan oleh
kerajaan kepada pasukan keselamatan.

Syarikat
s3njata api bernama Smith and Wesson yang sebelum ini membekalkan pist0l kepada
pasukan keselamatan mereka iaitu .38 Special Revolver (Special tu nama pist0l
ni, bukan istimewa atau apa-apa ya) namun p3lurunya yang kecil ini tidak mampu
menembusi jaket yang dipakai oleh penjenayah.

Penggunaan Magnum 357 dalam CSGo membuatkan lawan anda bercakap Cyka Blyat

Jadi,
daripada situlah Smith and Wesson mulai menaiktaraf s3njata yang mereka ingin
bekalkan kepada polis dan pasukan keselamatan AS, dan pist0l yang baru bernama
.38 Super diberikan, dan diikuti dengan penciptaan pist0l yang amat terkenal
bernama 357 Magnum (berbeza dengan Magnum White Chocolate Ice-Cream – tak
lawak)

Semasa perang
dunia kedua, pada tahun 1941, plat besi dibekalkan kepada askar yang terletak
di posisi yang berbahaya seperti yang mengawal senapang anti-pesawat dan di
atas kapal. Plat yang diperbuat daripada manganese ini dicipta dibawah seliaan
Medical Research Council, dan mereka meletakkan posisi di dada (hadapan –
breastplate) dan di bawah belakang (lower back) untuk melindungi organ seperti
jantung, paru-paru dan buah pinggang.

Plat Doron yang dicipta akhir perang dunia ke-2 – qmmuseum

Sudah tentu
helmet digunakan (saya tak ingin menyentuh mengenai helmet dalam artikel ini).
Semasa ini, askar Soviet juga memakai plat besi yang melindungi mereka di
bahagian dada dan kemaluan (untuk kegunaan masa hadapan). Plat-plat besi ini
setebal 2mm dan diberi nama SN-42, atau Stalnoi Nagrudnik yang bermaksud steel
breastplate. Angka 42 adalah tahun penciptaannya.

Jaket Flak – Quora

Krew pesawat
pengeb0m pula dibekalkan dengan jaket flak daripada syarikat yang bernama
Wilkinson Sword. Flak jacket ini dicipta untuk mengelakkan kecederaan yang
datang daripada flak gun yang dit3mbak bertubi-tubi kepada pesawat pengebom ini
oleh askar Jerman. Walaupun jaket ini tidak boleh melindungi mereka daripada
p3luru, sekurang-kurangnya, pemakaian jaket ini boleh melindungi krew pesawat
daripada serpihan-serpihan yang hadir daripada letupan roket dan misil. Jaket
ini diperbuat daripada nylon.


Pada pengakhiran
perang dunia kedua, plat Doron dicipta. Plat ini diperbuat daripada fiberglass
dan amat berkesan untuk t3mbakan bukan secara terus dan juga serpihan yang
berasal daripada l3tupan. Disebabkan permintaan besi untuk penghasilan lebih
banyak kereta kebal, p3luru dan pesawat diperlukan, plat ini dipakai oleh askar
dan kali pertama ianya digunakan adalah semasa pertempuran di Okinawa.

Plat ini
sedikit ringan, dan digunakan untuk melindungi bahagian hadapan dada, belakang
dan bahu. Berat bahan ini adalah lebih kurang 3.5 kilogram sahaja.

Selepas
perang dunia kedua, teknologi jaket kalis peluru ini semakin berkembang. Para
saintis yang membuat kajian perasan akan untuk mencapai kesan kalis peluru yang
terbaik, sesuatu perlu diubah, terutama pada impak peluru kepada sasarannya
itu.

The post Evolusi Baju Kalis Peluru Sepanjang Zaman appeared first on The Patriots.

Sumber : ThePatriots