Taufan Dorian Yang Membaham Bahamas

Bencana
alam memang pemusnah jiwa. Datangnya menggeruni; perginya meratapi. Sehingga
hari ini, tiada taufan menandingi Katrina yang membadai kawasan-kawasan
Atlantik pada tahun 2005. Taufan Katrina membadai hanya dalam masa seminggu
dengan kelajuan 280km/j, meninggalkan kawasan-kawasannya dengan kerugian
sebanyak AS$125 bilion. Setakat ini, kerosakan angkara Taufan Dorian masih
belum dikira lagi; namun berdasarkan kisah-kisah yang terpapar di media sosial,
jiwa sesiapa pun boleh hancur.

Taufan
Dorian berputik pada 24 Ogos 2019 di Lautan Atlantik sebelum menjadi taufan
sebenar empat hari kemudian. Dan pada 1 September, Taufan Dorian diisytiharkan
Kategori 5 dengan angin selaju 295km/j. Dalam masa sekejap Taufan Dorian membaham
Bahamas dan Kepulauan Abaco. Ribuan rumah hancur dengan kos menghampiri AS$7
bilion. Sekurang-kurangnya 43 orang terkorban. Semasa kawasan ini menerima
badai, beberapa negeri di Amerika Syarikat mengisytiharkan darurat dan
pemindahan segera.

Kesannya
sangat perit.

Rashad Reckley ditemui memakai singlet kelabu,
seluar bola jaring dan sandal selama tiga hari. Dia telah melihat m4yat
terapung di jalanraya yang telah banjir. M4yat-ma4yat diangkut dengan enam buah
lori lagi. Dan dia bersama tunangnya terpaut di pokok semasa Taufan Dorian
memuncak. Bangunan runtuh. Kereta musnah. Gereja diratakan. Dan rumah Rashad
ditenggelami air setinggi 13 kaki.

Paras
air semakin meningkat di semua tempat. Bagi Adrian Farrington, beliau sangka bumbung rumahnya tempat paling
selamat. Dia telah melawan arus dengan kaki patah selama sejam bersama anaknya
yang berusia lima tahun. Dia memberitahu anaknya, “jangan menangis. Tutup mulut. Jangan berhenti bernafas. Tutup mulut.”

Kekejangan
jangan cakap. Tidak cukup dengan itu, timbulnya pula sirip-sirip ikan yang
tidak lain tidak bukan jerung di persekitarannya. Secara logik, sesiapa pun
akan fikir benda yang sama. Maka dia pun meletakkan anaknya yang berusia lima
tahun di bumbung rumahnya. Sebelum dia sempat untuk duduk bersama, angin yang
kuat menghentam dan menolak anaknya untuk dibawa arus.

Hanya r4ungan “Daddy” sahaja didengari sebelum anaknya dit3lan air. Adrian tidak dapat berbuat apa-apa. Puas dicari tanpa hasil.

Bumbung
melayang. Laut menelan. Itulah realiti dialami setiap seorang mangsa taufan.
Seorang lagi yang tidak bernasib baik ialah Brent Lowe. Anaknya berusia 24 tahun dengan masalah spastik. Tidak
mampu berjalan, anaknya tidak mungkin boleh selamat tanpa ayahnya. Namun mereka
ada satu lagi masalah. Brent merupakan seorang buta.


Menjunjung
anaknya di bahu sekuat mungkin, dia menyeberangi arus dengan begitu beraninya.
Selama lima minit dia berusaha – suatu masa pendek yang baginya terlalu
panjang. Hujan pula semakin lebat. Walaupun selamat, masa depan dilihat sangat
suram kerana seluruh Kepulauan Abaco musnah.

Nasib Angela Cooke pula jauh lebih
menakutkan. Tidak sempat untuk keluar, rumahnya ranap dan menanamnya
hidup-hidup. Selama 17 jam dia terperangkap dengan iparnya telahpun melaporkan
kehilangannya. Jika bukan kerana anjing peliharaan mereka, mungkin Angela akan
mati pun. Sedar dia berada dibawah timbunan rumah, jiran-jiran pun berpakat
bersama-sama untuk mengeluarkannya.

Bukan
manusia sahaja yang menerima kesan-kesan ini. Mangsa-mangsa taufan meskipun
diduga teruk tidak melupakan haiwan-haiwan yang memerlukan bantuan juga.
Seorang wanita menyelamatkan 97 ekor anjing, ditenangnya mereka dengan
pendingin hawa dan muzik.

Berikut merupakan gambar-gambar haiwan diselamatkannya: https://www.facebook.com/chella.melnechuk/posts/10219195257973459

Enam pekerja Humane Society of Grand Bahama mengambil keputusan untuk tidak pindah untuk menjaga 200 ekor haiwan. Apabila bangunan tersebut banjir, mereka terpaksa keluar dan hanya mampu selamatkan 120 daripada 200 ini.

WashingtonPost turut meletakkan gambar-gambar yang begitu menyayatkan: https://www.washingtonpost.com/graphics/2019/world/amp-stories/bahamas-marsh-harbor-dorian-aftermath/

Apa yang
pasti, Taufan Dorian sudahpun keluar daripada Bahamas. Namun kesannya boleh
dikatakan akan berada di sana selama mana mangsa-mangsa hidup.

RUJUKAN:

Blind Man Carries Disabled Son to Safety During Hurricane.
https://edition.cnn.com/2019/09/06/americas/blind-man-carries-disabled-son-to-safety-during-hurricane/index.html


Hurricane Dorian: Desperate Search for missing in Bahamas. https://www.bbc.com/news/world-latin-america-49607267

Hurricane Dorian Survivors in Bahamas Face Uncertain Future. https://www.usatoday.com/story/news/weather/2019/09/07/hurricane-dorian-survivors-bahamas-face-uncertain-future-us/2246170001/

Suncoast Animal League Planning Rescue Mission and Collecting Donations for Animals in the Bahamas. https://www.abcactionnews.com/news/region-pinellas/suncoast-animal-league-planning-rescue-mission-and-collecting-donations-for-animals-in-the-bahamas

Woman
Rescues Nearly 100 Dogs – Hurricane Dorian Hits Bahamas https://www.today.com/pets/woman-rescues-nearly-100-dogs-hurricane-dorian-hits-bahamas-t161838

The post Taufan Dorian Yang Membaham Bahamas appeared first on The Patriots.

Sumber : ThePatriots