Samsung Melancarkan SoftPOS Yang Mengubah Telefon Dan Tablet Menjadi Terminal Pembayaran Nirsentuh

Sejak setahun kebelakangan ini kami semakin jarang melakukan pembelian secara tunai sebaliknya lebih selesa dengan pembayaran menggunakan kad debit. Dengan kad debit kami tidak perlu risau dengan duit siling yang mungkin hilang atau sekadar memberatkan poket. Tiada wang ringgit yang banyak perlu dibawa apabila membeli belah. Samsung hari ini melancarkan SoftPOS ialah sistem yang mengubah telefon pintar dan tablet menjadi terminal pembayaran nirsentuh.

Dengar SoftPOS, peranti mereka boleh menerima pembayaran menggunakan kad debit, kredit, telefon pintar, jam tangan pintar dan fob kunci yang menyokong sistem NFC. Menurut Samsung teknologi SoftPOS dibangunkan dengan kerjasama Fiserv dan Visa bagi membolehkan telefon pintar menjadi terminal pembayaran nirsentuh tanpa perkakasan tambahan. Dengan ini peniaga yang ingin menerima pembayaran sistem nirsentuh di premis mereka boleh menggunakan peranti pintar sahaja tanpa perlu melabur kepada perkakasan tambahan seperti yang wujud sekarang.

Sistem SoftPOS akan memulakan ujian di Poland pada penghujung tahun ini. Negara ini dipilih kerana ia antara yang mempunyai jumlah pengguna pembayaran nirsentuh yang tinggi.

Sumber : Amanz