Bagaimana Baju Kalis Peluru Berfungsi?

Untuk
mendapatkan kesan yang dikenali sebagai kalis peluru, para saintis mulai
memikirkan beberapa perkara penting, terutama sekali dalam bahagian bagaimana
p3luru itu berfungsi.

Anatomi sebutir p3luru – explainthatstuff

P3luru adalah sebutir objek besi yang kecil,
dan selepas proses letupan gunpowder di dalam sebutir peluru berlaku, segala
tenaga kinetik dan haba akan termasuk dalam sebutir besi kecil ini yang
bergerak pada kelajuan 300 sehingga 1200 meter per saat. Jadi, fungsi utama
jaket ini adalah untuk menghalang daripada p3luru menembusinya, kerana apabila
bahagian baju dan jaket ini gagal berfungsi untuk menahan daripada peluru
tersebut, yang seterusnya adalah kulit.

P3luru yang bergerak laju ini akan meninggalkan
shockwave disebabkan oleh momentumnya yang terpacu kehadapan bergerak
sebegitu pantas sehinggakan penghasilan sonic boom terjadi apabila kelajuannya
mengatasi kelajuan bunyi. Jadi, disebabkan oleh kecederaan yang hadir daripada
p3luru ini adalah akibat impak dan kesannya, maka, para penyelidik boleh
membuat sesuatu untuk mengubah bentuk dan daya impak sebutir p3luru itu.

Konsep Slope Armour pada T54 Tank – Wikipedia

Untuk sesuatu perisai yang berbentuk untuk
mengubah hala tuju sebutir p3luru itu sedikit susah kerana konsep deflecting
ini mungkin lebih sesuai sekiranya p3luru yang dit3mbak itu bersaiz besar.
Konsep ini yang dinamakan sloped armour mungkin sesuiai digunapakai
dalam kenderaan seperti kereta perisai dan kereta kebal, tetapi tidak pada
seorang manusia.

Maka, penyelesaiannya adalah menyebarkan impact point itu seluas-luasnya. Konsepnya adalah ibarat jaring di dalam gawang gol. Apabila seorang pemain bolasepak Harimau Malaya menyepak bola dan bola itu masuk kedalam gawang pasukan seberang sana, bukan sekali, bukan dua kali, tapi 3 kali, anda akan dapat lihat impak bola tersebut menggerakkan jaring tersebut daripada segenap arah.

Bentuk Kevlar® yang terkena tembakan

Akan tetapi, sewaktu itu tiada lagi bahan yang sesuai sehinggalah pada tahun 1960, seorang saintis daripada syarikat DuPont bernama Stephanie Kwolek menjumpai sejenis bahan aramida yang terhasil daripada sejenis monomer dipanggil 1,4-phenylene-diamine (para-phenylenediamine) dan terephthaloyl chloride. Jika anda ingin kelihatan bijak pandai, terutama sekali dihadapan bakal ibu atau bapa mentua anda, anda jangan sebut Kevlar, tetapi anda sebut nama kimianya iaitu poly paraphenylene terephthalamide.

Perbandingan Tensile Strength

Bahan ini wujud dalam bentuk liquid-crystal dan
mempunyai kekuatan tensil (tensile strength) setinggi 3620 Mega Pascal dan
mempunyai keberatan sebanyak 1.44 gram per sentimeter padu, berbanding dengan
besi yang mempunyai kekuatan sebanyak 2167 Mega Pascal dan keberatan stinggi 8
gram per sentimeter padu. Hal ini membolehkannya membekalkan perlindungan yang
baik dan berat yang rendah untuk dipakai oleh seseorang.

Struktur Kimia Kevlar – Wikipedia

Hanya pada tahun 1965 produk Kevlar ini
dihasilkan secara komersial. Pada awalnya, produk ini digunakan sebagai ganti
kepada bahagian besi yang diletakkan di dalam tayar kereta lumba. 2 tahun
kemudian, DuPont mengeluarkan produk DuPont Nomex yang menggunakan Kevlar
sebagai pakaian kalis api untuk ahli bomba danb beberapa tahun selepas itu,
barulah teknologi ini diadaptasikan untuk anggota polis pada awalnya.


Pada tahun 1976, sebuah laporan daripada
National Institute of Justice (NIJ) telah menulis seramai 3000 anggota polis
berjaya terselamat daripada serangan t3mbakan oleh penjenayah, dan hal ini
mengubah industri jaket kalis p3luru ini dan meletakkan kepada kerajaan tentang
betapa pentingnya perlindungan sebegini. Model Kevlar yang asal, iaitu
Kevlar-29 dikekalkan selama hampir 30 tahun sebelum DuPont menaiktaraf lagi
struktur monomer ini yang dinamakan sebagai Kevlar-129 iaitu pada tahun 1988.

Kevlar Correctional – DuPont USA

Penaiktarafan ini adalah daripada segi kekuatan
dan pengurangan berat untuk mengurangkan beban para anggota keselamatan. Akan
tetapi, agak malang bagi warden penjara kerana pada waktu itu, Kevlar ini tidak
dapat menahan tik4man daripada pisau atau senjata yang dicipta (improvised)
kerana pergerakkan pisau itu sendiri boleh menembusi jaket tersebut.

Gentian Kevlar – Wikipedia

Pada tahun 1995, Kevlar Correction
diperkenalkan. Pembekalan ini adalah khas untuk warden penjara (Correctional
Officer) dan kalis tikaman. Bagi askar AS pula (saya tiada info untuk askar
Malaysia), Kevlar pada awalnya sudah mula dipakai, dan pada tahun 2005,
penaiktarafan Kevlar yang terbaru iaitu Kevlar KM2 dicipta dan menjadi salah
satu komponen penting dalam pakaian perlindungan askar ini. Kevlar KM2 juga
merupakan bahan yang digunakan dalam helmet askar mereka.

Selain itu, pada tahun 2005 juga, plat seramik
(ceramic plates) yang mengandungi komposisi boron karbida dan silika karbida
mula diisukan kepada tentera ini. Plat ini dinamakan sebagai Enhanced
Small Arms Protective Insert (ESAPI) yang kemudiannya dinaiktaraf kepada XSAPI
pada tahun 2008. Plat seramik ini bertindak berlainan dengan Kevlar.

Penetrator Grade – NIJ

Kevlar bertindak dengan menyerap dan menyebarkan daya sebutir p3luru manakala plat seramik menahan p3luru dengan cara menyerap dan ‘menumpulkan’ peluru tersebut di mana lapisan plat ini akan pecah untuk mendapatkan kesan yang sedemikian. Plat ini berada pada tahap 4 perlindungan daripada skala yang diterbitkan oleh NIJ.

Harganya juga amat Yahudi memandangkan sekeping plat ini berharga 600 USD dan seseorang itu perlu memakai sehingga 4 plat tidak termasuk lagi harga Kevlar yang digunakan. Namun, apalah erti Yahudi sekiranya ianya dapat melindungi seseorang daripada mengalami kecederaan yang teruk (insaf).

Jaket Kalis Peluru yang Dipakai oleh Askar AS

Sudah tentu, mitos bahawa seseorang itu tidak
akan ma7i sekiranya p3luru gagal menembusi jaket ini adalah palsu semata-mata.
Impak yang tinggi boleh menyebabkan seseorang mengalami blunt force trauma yang
boleh menyebabkan kecederaan dalaman.

Dalam dunia moden ini, beberapa teknologi yang
masih dalam fasa percubaan seperti teknologi STF, yang boleh bertukar menjadi
kalis peluru apabila dit3mbak. Selain itu, penggunaan carbon fiber, m5 fiber
dan dragonskin armour juga sedang giat dijalankan kajiannya agar dapat
melindungi mana-mana insan yang bekerja menghadapi penjenayah sebagai kerjaya
utama mereka, mahupun mereka yang menghadapi peperangan.

Harapan saya artikel ini dapat sedikit membantu
anda dalam memahami konsep yang dimaksudkan dengan kalis peluru serta sedikit
sains dibelakangnya. Selain itu, semasa menulis artikel ini, saya dapati banyak
perkara lain yang saya pelajari antaranya adalah gred pertahanan dan mitos
jaket kalis peluru ini.


Juga, kadangkala jika kita lihat model perniagaan syarikat-syarikat s3njata api ini, mereka amat bijak dengan mencipta sesuatu untuk menahan daripada kecederaan akibat sesebuah s3njata itu, kemudian mencipta sesuatu untuk mengatasinya pula.

Sentiasa mencipta demand supaya sentiasa ada supply. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ‘semoga berjaya’ kepada mana-mana individu yang menjadi bahan kajian untuk dit3mbak, seperti gambar yang diambil pada tahun 1923 ini. Sekian.

RUJUKAN:

  1. NIJ Journal on Body Armour  https://www.ncjrs.gov/pdffiles1/nij/189633.pdf
  2. Wikipedia on Bulletproof vest https://en.wikipedia.org/wiki/Bulletproof_vest
  3. DuPont
    https://www.dupont.com/products-and-services/plastics-polymers-resins.html
  4. Evolution of Crime Fighting Tools https://www.youtube.com/watch?v=0treVSqyuGU&t=64s
  5. ESAPI
    dan XSAPI https://www.globalsecurity.org/military/systems/ground/interceptor.htm

The post Bagaimana Baju Kalis Peluru Berfungsi? appeared first on The Patriots.

Sumber : ThePatriots