Budak nyaris diculik lelaki ini yang tiba-tiba datang claim itu anak dia

Kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun nyaris diculik Isnin lalu di Johor Bahru ketika dia sedang bermain dengan ibu bapanya. 
Seorang lelaki yang tidak dikenali tiba-tiba menghampiri kanak-kanak itu di Dataran Bandaraya sekitar jam 5.40 petang dan mendakwa kanak-kanak itu adalah anak perempuannya. 
Menurut si bapa, mereka datang ke dataran itu untuk membawa anaknya bermain. Tetapi didatangi lelaki itu dan mahu mengambil anaknya. 
“Dia mengaku bahawa anak saya ialah anak dia. Saya telah melindungi anak saya daripada diambilnya. Tetapi lelaki itu masih memerhatikan gerak geri kami sekeluarga,” katanya yang kemudian menghubungi polis untuk meminta bantuan. 
Polis peronda tiba di tempat kejadian, namun lelaki itu telah beredar dengan menaiki kereta Proton Persona berwarna kelabu dan nombor pendaftaran JNK5401. 
Bimbang denga kejadian yang tidak diingini berlaku, lelaki itu telah membuat laporan polis di Balai Polis Johor Bahru Central. 
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioer Shahurinain Jais mengesahkan menerima laporan itu. 
Kes disiasat mengikut Seksyen 365/511 Kanun Keseksaan kerana melakukan penculikan dan cubaan melakukan jenayah yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda.

Sumber : TheReporter