Suami kantoi curang, belasah isteri sampai bengkak muka

Seorang suami yang kantoi curang oleh isterinya, bengang lalu memukul isterinya tanpa belas kasihan. 
Gambar-gambar muka mangsa yang cedera akibat dipukul suaminya kini sedang viral di media sosial. 
Menurut laporan Tribun News, si suami juga tidak berpuas hati kerana isterinya menyembunyikan kunci motosikalnya. 
Difahamkan, si isteri berbuat demikian kerana kecewa, suami yang disayangi itu rupa-rupanya dalam diam telah mengkhianati hubungan mereka. 
Kejadian itu berlaku di Bogor, Indonesia dan didedahkan oleh jiran mangsa, di laman Twitter. 
“Ini jiran saya yang dipukul oleh suaminya. Padahal suami dia yang bersalah kerana curang, tetapi isterinya yang menjadi mangsa. Ini gambar pasangan curang itu.
“Ceritanya, si isteri mendapat tahu suaminya curang lalu menyembunyikan kunci motosikal. Suami mengamuk dan mengikat tangan dan kaki mangsa, dipukul bertubi-tubi, dadanya juga dipijak. 
“Laporan polis telah dibuat tetapi lelaki itu masih belum ditahan. Isterinya masih di hospital untuk mendapatkan rawatan, tetapi masih bingung tentang siapa yang akan menguruskan bayaran rawatannya. 
“Dan lebih sedih lagi, si isteri ini amat penyabar. Dia sempat tidur sebilik dengan kekasih suaminya, malah rela tidur bertiga agar suaminya mahu tidur di rumah,” katanya. 
Susulan viral itu, polis telah menahan lelaki terbabit untuk siasatan lanjut.

Sumber : TheReporter