‘Please, I deactivated my Twitter account not becos I’m upset with their comments’ – Raja Permaisuri Agong

Setelah beberapa hari berdiam diri, Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah akhirnya tampil mmemberi sedikit penjelasan mengenai ‘penutupan’ akaun Twitternya, @cheaminahsayang, yang membuatkan netizen bersedih.
Terdahulu, netizen menyangka Tunku Azizah berbuat demikian kerana terkesan dengan komen-komen biadab netizen yang tidak menggemari Tunku Azizah terlalu aktif di media sosial. 
Empat individu terbabit dipersalahkan dan satu laporan polis telah dibuat terhadap mereka, yang kini diburu polis untuk membantu siasatan atas dakwaan menghina institusi diraja. 
Bagaimanapun, Tunku Azizah melalui Twitter anaknya, Tengku Afzan, menjelaskan bahawa bukan itu sebabnya, sebaliknya Tunku Azizah mempunyai sebab-sebabnya sendiri untuk berbuat demikian. 
“Please, I deactivated my account not because I’m upset, hurt or angry with their comments. I didn’t even read nor was aware of it. 
“It had nothing to do with those postings. I have my personal reasons. Please do no make any police reports.” 
Walaupun begitu, kertas siasatan telahpun dibuka dan polis akan mengambil tindakan terhadap individu terbabit.
Sumber: Tengku Afzan

Sumber : TheReporter