Kisah Doktor Gigi Yang Menumpaskan 98 Tentera Jepun Seorang Diri

Bermula daripada permulaan yang kehidupan yang biasa di Milwaukee dan akhirnya berjaya memiliki lesen pergigian sendiri, Benjamin Solomon tidak pernah membayangkan dirinya akan menjadi satu daripada hanya tiga doktor gigi untuk Angkatan Darat Amerika Syarikat yang menerima anugerah Pingat Penghormatan.

Benjamin bermula dalam ketenteraan sebagai askar prebet. Pada waktu pagi beliau akan memberikan khidmat gigi kepada para tentera dan pada waktu petang pula beliau mengajar taktik tentera. Lama-kelamaan, pihak atasannya mula menyedari betapa berharganya Benjamin kepada skuad tentera mereka. Beliau terbukti pakar dalam mengendalikan senapang dan pistol, yang mana kemudiannya diangkat menjadi sarjan. Akhirnya, Benjamin dipindahkan ke Army Dental Corps dan dilantik sebagai leftenan pertama. Malah, beliau juga dianugerahkan gelaran “tentera terbaik” dalam unit.

Pada Mei 1944, Benjamin Salomon sekali lagi dinaikkan pangkat kepada kapten bagi Rejimen Tentera 105th, Divisi Infantri 27th. Beliau telah membuktikannya di dalam latihan dan pihak atasan sangat teruja untuk melihat Benjamin membuktikan dirinya di medan perang.

Tak lama kemudian, impiannya menjadi realiti. Sejurus selepas sebulan diangkat menjadi kapten, Benjamin terlibat dalam pertempuran pertamanya. Namun, beliau juga tak menyangkakan bahawa ia akan menjadi pertempurannya yang terakhir.

Disebabkan tidak banyak kerja pergigian yang perlu dilakukan ketika pertempuran, Benjamin menawarkan diri untuk pergi ke darat di Saipan dengan batalion Infantri 105th. Beliau menggantikan doktor pakar bedah Batalion Ke-2 yang tercedera dalam pertempuran sebelumnya. Ketika ini, Amerika Syarikat telah menghancurkan sebahagian besar tentera Jepun, membunuh hampir 30,000 askar.

Oleh itu, komander Jepun, Jeneral Yoshitgusu Saito merangka rancangan serangan yang baru, iaitu menyerang sambil maju dan menyerang sehingga terkorban. Dan itulah apa yang mereka lakukan. Tanpa memikirkan nyawa sendiri, tentera Jepun menceroboh bahagian hadapan medan perang, menghabiskan 15 jam saling berbalas tembakan dengan tentera Amerika Syarikat.

Ketika Jepun menyerang, Benjamin berada kira-kira 50 meter dari barisan hadapan dan terlihat lebih daripada 30 orang tentera tercedera di dalam khemah bantuan. Melihat tentera Jepun yang sedang mara, beliau mengarahkan orang bawahannya untuk memindahkan mereka yang tercedera dan memberitahu bahawa beliau akan cuba melambatkan tentera Jepun sehinggalah semua orang selamat.

Namun, pegawai-pegawainya tidak lagi melihat Benjamin selepas itu. Ketika mereka kembali selepas perang tamat, mereka terjumpa Benjamin dikelilingi oleh 98 tentera Jepun yang telah mati, yang mana dibunuh olehnya berseorangan. Tubuh Benjamin menunjukkan bahawa beliau telah ditembak sebanyak 76 kali, yang mana 24 kali daripada jumlah tersebut ketika dia masih hidup.

Pada hari Benjamin ditemui, pasukan infantrinya membuat cadangan Anugerah Pingat Penghormatan kepadanya kerana Benjamin telah berjaya membunuh hampir 100 orang tentera musuh seorang diri dan menyelamatkan banyak nyawa tentera AS yang tercedera. Pada hari dia ditemui, pasukan infantrinya mula membuat cadangan untuk Medal of Honor. Dia telah mengusir hampir 100 tentera musuh dengan sendirinya dan telah menyelamatkan nyawa para askar yang terluka.

Pada mulanya, permintaan tersebut ditolak. Menurut undang-undang Konvensyen Geneva, pegawai perubatan tidak boleh memikul senjata menentang musuh.

Ia juga menyatakan bahawa pingat tidak boleh dianugerahkan kepada tindakan yang dianggap sebagai “menyerang”. Walaubagaimanapun, permohonan tersebut akhirnya diluluskan, disebabkan jumlah nyawa yang diselamatkan dan keberanian yang dipamerkan oleh Benjamin Salomon.

Pada tahun 2002, Presiden George W. Bush menganugerahkan Pingat Kehormatan kepada Benjamin Lewis Salomon. Ia dipamerkan di Sekolah Perubatan USC yang pernah dihadiri oleh Benjamin. Sebagai tambahan kepada Pingat Kehormatan, Benjamin juga dianugerahkan Purple Heart, Pingat Perkhidmatan Pertahanan Amerika, Pingat Kempen Amerika, Pingat Kempen Asiatik-Pasifik, dan Pingat Kemenangan Perang Dunia II.

Sumber :

Iluminasi