Filem 7ujuh

Pada tahun 70an, tujuh rakan sedang dalam cuti semester telah bercuti di sebuah banglo mewah yang terletak di pedalaman, yang mana ia dijaga oleh ketua kampung dan anak perempuannya Suri. Mereka telah mengadakan parti dan meminta Suri untuk tinggal membantu mereka membersihkan rumah tetapi parti itu bertukar menjadi liar dan Suri telah dirogol.

Dia kemudian telah membunuh diri dan menyumpah mereka yang dia akan menghantui mereka. Mereka pada mula tidak hairan, namun apabila mereka terperangkap di rumah itu dan seorang demi seorang mati, mereka perlu mencari jalan untuk melarikan diri dari sumpahan itu.

Bahasa: Melayu
Sarikata: Inggeris
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 8 November 2018
Genre: Seram / Ngeri
Durasi: 1 Jam 30 Minit
Pengedar: Primeworks Studios
Pelakon: Johan As’ari, Cristina Suzanne, Siti Saleha, Aeril Zafrel, Pekin Ibrahim, Dee Dee Nash, Riz Amin, Marsha Milan, Faizal Hussein
Pengarah: Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamaruddin
Format: 2D