Bapa Jual Bayi Perempuan Baru Lahir RM24000

Terdesak mahukan anak lelaki membuatkan si bapa ditahan selepas dia cuba menjual anak perempuannya dengan harga 40,000 yuan (RM24,000). Lelaki yang dikenali sebagai Xiaohui, menjual bayi perempuannya yang baru berusia 10 hari kepada sepasang suami isteri di Hubei, 1,200 kilometer dari kediaman mereka di Zhejiang, pada September lalu.

Kehilangan bayi hanya dilaporkan kepada polis selepas ibu Xiaohui, Li, tidak dapat menemui cucunya beberapa kali setelah beberapa kali cuba datang melawat keluarga itu. Menurut Li, Xiaohui tidak membenarkan dia masuk ke dalam rumah ketika dia datang untuk melawat. Malah dia dipaksa oleh Xiaohui untuk meninggalkan makanan yang dimasaknya di depan pintu.

Sumber :

TheReporter