“Terperanjat Saya Kerana Dia Block,” Tunku Azizah Terkejut Disekat Rafizi Di Twitter

Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dalam satu status Twitter miliknya terkejut apabila mendapati bekas ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli menyekat akaunnya daripada dilihat isteri kepada Tengku Mahkota Pahang itu.

Menurut Tunku, baginda tidak selalu mengikuti hal-hal politik tetapi baru-baru ini mahu mengikuti perkembangan beliau.

Walau bagaimanapun, status tersebut telah mendapat perhatian netizen yang masing-masing mempunyai pendapat berbeza.

Sumber : SiakapKeli