“Walaupun Zamani dapat tempat keenam sekali pun, dia tetap juara di hati kami.”- Netizen ‘enjoy’dengan persembahan Zamani

Konsert Gegar Vaganza musim kelima (GV5) telah melabuhkan tirai pada malam tadi setelah beberapa minggu para peserta membuat persembahan yang hebat dan mantap. Sepanjang minggu persembahan yang ditonjolkan menampilkan kelainan yang secara tidak langsung menguji tahap vokal para peserta. 
Walaupun juara GV5 telah diumumkan milik peserta lain, namun nama artis ini menjadi sebutan para peminat. Timeline di media sosial juga dipenuhi dengan sokongan dan pujian kepadanya. Aura yang dimiliki tidak dapat dinafikan oleh sesiapa sehingga juri sentiasa memuji keikhlasan dengan penyampaian lagu yang dipersembahkan.
Zamani, yang dianggap ‘legend’ oleh netizen, bagaimanapun menduduki tempat ketiga di dalam pertandingan ini. Lagu yang disampaikan pada pusingan kedua memberikan kejutan kepada para penonton dan juri apabila dia boleh menyampaikan lagu berirama rap dengan baik. Bahkan para penonton turut sama-sama menyanyikan lagu yang berjudul Bunga itu.
Keputusan pada malam tadi sedikit memberikan kejutan buat para penonton dan ada yang menganggap kemenangan tersebut patut dimiliki oleh Zamani. Namun, vokalis Slam itu tetap bersyukur dan berpuas hati walaupun mendapat tempat ketiga.

GV5 berakhir dengan keputusan Noryn Aziz menjadi juara, Dila Fadila tempat kedua manakala Zamani tempat ketiga.

Sumber : Astro Awani

Sumber : TheReporter