Tolong, Saya Jumpa Kucing Kakinya Kena Potong Sampai Urat Terkeluar

Ada diantara kita yang terlalu mahu menjaga hubungan sesama manusia sehingga tak peduli apa yang berlaku akan kezaliman terhadap makhluk lain seperti binatang.

Sering terjadi masyarakat di negara-negara maju menzalimi haiwan semata-mata kerana ‘hobi’ dan ada juga yang menjadi korban mangsa kerakusan manusia tanpa tahu apakah dosanya.

Haiwan juga adalah ciptaan Tuhan yang diberi nyawa sama seperti manusia serta mencari keperluan lain seperti perlindungan, makanan, minuman dan tetap menjerit kesakitan apabila disakiti.

Terbaru, SK menerima perkongsian gambar daripada Nor Asmieyra melalui ruangan komen yang menunjukkan keadaan seekor kucing dipercayai dipotong kakinya sehingga terlihat urat yang terkeluar.

Walau bagaimanapun, gambar itu mendapat perhatian netizen lain yang rata-rata bersimpati dengan keadaan kucing tersebut.

Menurut Asmieyra, kucing berkenaan sedang mencari makanan di salah sebuah kedai makan di sekitar Jeli, Kelantan, namun tidak diberi makanan oleh pemiliknya. Pun begitu, Asmieyra mengambil tanggungjawab itu dengan memberi makanan kepadanya.

Tidak sanggup melihat kezaliman itu, nasib kucing ini mendapat perhatian netizen sehingga ada yang ingin mengambilnya untuk dibela.

Kesedaran masyarakat mengenai kebajikan haiwan harus dipupuk.  Sekiranya tidak menyukai haiwan atau takut, tidak perlu mendekati apa lagi menyakiti.

Negara masih punya undang-undang.  Sebelum ini, terdapat kes melibatkan penderaan haiwan yang didakwa di bawah  Seksyen 44 (1) (d) Akta Binatang 1953 dengan denda RM6,000 dan penjara 3 bulan.

Sumber : SiakapKeli