Realme C1 Boleh Didapati Pada Harga Serendah RM399 Bermula Minggu Ini

Realme merupakan sub-jenama Oppo yang telah dilancarkan di Malaysia pada awal November lepas dan dijual di platform atas-talian dengan harga yang mampu milik. Realme C1 akan hadir secara eksklusif melalui Lazada bermula 22 November ini. Selepas pelancaran awal peranti Realme C1 di India dan Indonesia, telefon pintar ini semakin menempa nama di pasaran tempatan dengan penawaran spesifikasi dan prestasi yang selari dengan pilihan pengguna.

Realme C1 hadir dengan skrin 6.2-inci bertakuk, dijana cip Snapdragon 450, memori 2GB RAM dan storan 16GB ROM yang boleh diperluas melalui slot kad mikro-SD. Ia dilengkapi dengan dwi-kamera belakang 13-megapixel + 2-megapixel. Untuk swafoto pula, Realme C1 hadir menggunakan sensor 5-megapixel. Telefon ini turut hadir dengan sokongan bateri berkapasiti 4230mAh.

Untuk rekaan kerangka luar peranti, Realme C1 dilengkapi dengan reka bentuk reflektif yang anggun dengan panel luar yang terdiri daripada 12 lapisan Corning Gorilla Glass dan bahan komposit nano terlindung. Ia membawa reka bentuk berkilau dan kelihatan seperti cermin yang mencerminkan cahaya dari pergerakan pengguna.

Seperti yang diumumkan secara rasmi awal bulan ini, Realme C1 merupakan penanda aras ‘King Entry Level’, yang mana pengguna boleh mendapatkan telefon pintar ini eksklusif di Lazada dengan tawaran istimewa sebanyak RM399. Tawaran bermula pada 22 November sehingga 22 Disember 2018. Ia hadir dalam pilihan 2 warna iaitu hitam dan biru.

Untuk menikmati lebih ganjaran, Realme akan menawarkan satu unit Realme C1 dengan harga promosi istimewa sebanyak RM199 yang akan berlangsung pada 10AM pada 20 November 2018. Ganjaran ini diberikan apabila bilangan pengikut di Realme Store Lazada bertambah. Buat masa ini, jumlah pengikut Realme telah mencecah sehingga 3,000 pengikut di platform atas-talian Lazada.

Realme Malaysia

Menariknya, Realme turut menawarkan kepada 5,000 pengikut dengan tawaran 2 unit Realme C1 pada harga RM99 setiap satu. Seterusnya, untuk 7,000 pengikut, Realme akan menawarkan 3 unit Realme C1 pada harga RM 9 setiap satu dan 4 unit Realme C1 pada harga yang serendah RM 1 setiap satu untuk 10,000 pengikut. Lebih banyak pengikut ada, lebih banyak peluang untuk peminat Realme mendapatkan Realme C1 dengan harga yang luar biasa.

Anda boleh layari laman Rasmi e-Store Realme di Lazada bagi mendapatkan sebarang informasi lanjut tentang promosi dan ganjaran berkaitan telefon pintar Realme,

Layari : Realme Store di Lazada

Sumber : Amanz