Jangan Bagi, Pengawal keselamatan Tak Ada Kuasa Pun Untuk Minta Dan Simpan Kad Pengenalan Anda

Seringkali menjadi kebiasaan, apabila memasuki sesuatu premis seperti kondominium atau pejabat, pengawal keselamatan yang bertugas akan meminta kad pengenalan atau IC anda dan menyimpannya bagi tujuan keselamatan.

Tetapi bolehkah kita memberikan kad pengenalan kepada pengawal keselamatan dengan sewenang-wenangnya? Sebenarnya memegang atau menyimpan kad pengenalan orang lain adalah menjadi satu kesalahan, kecuali bagi pegawai yang diberi kuasa – Peraturan 25, Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990.

Jika disabit kesalahan, mereka boleh dipenjara tidak melebihi tiga (3) tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali.

Untuk makluman anda, yang dibenarkan untuk memegang kad pengenalan anda hanyalah pegawai polis, pegawai pendaftaran, pegawai kastam,  mana-mana pegawai atau kelas atau pegawai awam yang diberi kuasa oleh ketua pengarah serta anggota tentera yang bertugas, menjaga dan mengawas.

Sumber : Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )

Sumber : SiakapKeli