Samsung Galaxy S10 Akan Hadir Dengan Versi Tubuh Seramik

Banyak peranti mercu di pasaran menggunakan panel kaca pada bahagian belakang. Ini membolehkan peranti menyokong pengecasan nirwayar dan tidak menghalang isyarat telekomunikasi. Tetapi ini mendedahkan peranti kepada kerosakan jika ia terjatuh sehingga berderai. Pernah kami laporkan, kos menggantikan panel belakang iPhone XS Max boleh mencecah RM2500. Oleh itu bahan lebih tahan lasak diperlukan.

Menurut laporan Sammobile, versi paling eksklusif Samsung Galaxy S10 kelak akan hadir dengan panel yang diperbuat daripada seramik. Ini ialah bahan yang bukan sahaja lebih tahan lasak malah lebih kalis calar berbanding panel kaca biasa. Panel seramik ini bakal ditawarkan dalam warna hitam dan putih.

Sebelum ini hanya sebilangan kecil peranti di pasaran menggunakan panel seramik seperti Xiaomi Mi MIX, Essential Phone dan LG Siganture Edition.

Sumber : Amanz