Logitech Membatalkan Hasrat Mengambil Alih Plantronics

Sabtu lalu Reuter melaporkan Logitech sedang berbincang untuk mengambil alih syarikat pengeluar peralatan audio Plantronics. Pagi ini Logitech telah mengeluarkan kenyataan rasmi untuk tidak meneruskan pengambilalihan ini. Logitech mengesahkan mereka melakukan perbincangan dengan Plantronics tetapi ini telahpun dihentikan.

Logitech walau bagaimanapun tidak memberikan sebab mengapa perbincangan di antara dua syarikat ini dihentikan. Plantronics ialah syarikat yang terkenal dengan fon kepala keluaran mereka. Kepakaran mereka mendapat perhatian dunia selepas ia digunakan oleh Angkasawan NASA untuk beberapa misi angkasa lepas seperti Projek Apollo ke permukaan bulan.

Sumber : Amanz