Huawei Dijangka Hadir Dengan Telefon Menggunakan Skrin Berlubang Menggantikan Takuk Pada Disember Ini

Samsung sebelum ini telah diperkatakan bakal menjadi antara terawal memperkenalkan telefon pintar menggunakan rekaan skrin berlubang pada bulan Disember ini melalui Galaxy A8s. Menariknya, kini laporan baru hadir memperlihatkan Huawei mungkin mencabar Samsung untuk takhta terawal.

Huawei Berlubang

Huawei kini dilihat menyasarkan untuk memperkenalkan telefon pintar mereka menggunakan rekaan skrin berlubang pada Disember ini. Ia dikatakan pengeluar dari China berkenaan menyasarkan pengenalan telefon pintar ini pada bulan Disember ini.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi model apakah yang akan menerima rekaan skrin berlubang ini daripada Huawei. Kita mungkin mendengar lanjut mengenainya dalam masa beberapa minggu lagi.

Sumber : Amanz