” Ayah, Peluklah Saya Ayah “, Ruginya Kalau Ibu Bapa Abai Anak Waktu ‘Cuddle Time’

Dengan tuntutan kerja seharian, ditambah pula kedua-dua pasangan suami isteri turut keluar mencari nafkah, sememangnya masa yang terluang untuk anak-anak menjadi semakin singkat dari masa ke masa.

Sedari pagi lagi, anak-anak ini dihantar ke rumah pengasuh, diambil malam dalam keadaan penat baru pulang kerja, ada ibu bapa yang memilih untuk tidur awal memikirkan esok perlu bangun lagi untuk mencari rezeki. Sudahnya anak-anak tiada masa untuk berkomunikasi dengan mak ayah sendiri.

Lebih sedih, sekiranya waktu cuti hujung minggu, ada ibu bapa yang lebih selesa untuk melekat dengan telefon bimbit dan tidak memanfaatkan masa yang terluang untuk bersama-sama dengan anak masing-masing.

Anda tentu pernah mendengar istilah ‘cuddle time’ kan? Rugilah, jika anak-anak anda menunjukkan tanda-tanda mahu bermesra tetapi anda memilih untuk menggunakan gajet. Ikuti perkongsian Dr. Taufiq Razif untuk info lanjut.

Bila saya sibuk je Maryam Soolihah dan Solahuddin mesti buat perangai.

” Ahhh! Abi sibuk sebab nak nafkahkan korang. Bukan saja saja buat sibuk! “

Ni la dialog dalaman saya bila saya cuba nafi dan pujuk diri sendiri bila tengah kesibukan melampau padahal nak taknak saya kena terima bahawa ada fitrah anak anak yang perlu saya jaga.

Kadang kadang anak saya yang tengah asyik berlari berkejaran tiba tiba je datang ke tepi saya seperti nak minta sesuatu tapi disebabkan ‘bajet sibuk’ saya buat buat tak faham dan teruskan dengan kerja dan kesibukan saya.

Padahal tu la waktu “cuddle time” anak saya! Masa tu akaun emosi anak saya tengah kering. Mereka sebenarnya berhenti bermain sejenak tu bermaksud…

” Ayah..peluklah saya ayah “

” Mak.. Ciumlah saya emak “

” Mama.. Saya rasa tak sedap hati ni. Peluk la saya sekejap mama “

” Papa.. Topup la akaun emosi saya ni Papa.. Peluklah saya Papa..”

Tapi apa respon kita selama ni?

1) Kita teruskan bermain dengan smartphone kita

2)Kita buat tak tahu dengan rayuan anak kita

3)Kita bertegas dengan kesibukan kita

4) Kita larut dengan pencarian nafkah kita

Maka lahirlah anak anak yang kosong emosinya, kurang empatinya, pemarah dan suka melawan.

Tolong..Selamatkan anak kita. PELUKLAH MEREKA SEKERAPNYA.

p/s : Tolong bagitahu info ni pada pasangan masing masing ye. Kalau seorang je yang tahu, tak menjadi juga

p/s : Tolong sangat ajak pasangan join Telegram saya untuk belajar ilmu mendidik anak. Nak jaga anak ni suami dan isteri kena terlibat sekali. Tak boleh salah seorang je. Klik link ni untuk join telegram channel saya tu 👇

t.me/NotaTaufiqRazif

Sumber : Dr. Taufiq Razif

Sumber : SiakapKeli