Xiaomi Mengumumkan Kerjasama Dengan IKEA – Lampu Pintar IKEA Akan Berhubung Ke Platform IOT Xiaomi

Xiaomi sedia mempunyai ekosistem peranti pintar berhubung (IoT) mereka tersendiri yang membolehkan anda mengawal sejumlah perkakasan elektrik melalui telefon pintar. Terkini, dalam usaha memperluaskan lagi ekosistem berkenaan, pihak Xiaomi kini mengumumkan kerjasama dengan pihak IKEA.

Xiaomi IKEA

Melalui kerjasama ini, penawaran lampu pintar IKEA akan boleh dihubungkan ke platform IoT milik Xiaomi. Ini sekaligus akan memudahkan lagi para pengguna untuk mengawal lampu dan pencahayaan daripada penawaran lampu pintar IKEA.

Buat masa ini, kerjasama ini hanya meliputi di China sahaja, dan tidak mustahil ia diperluaskan ke peringkat global tidak lama lagi.

Sumber : Amanz