‘Saya bakar buku Add Math sebab…’

Susulan viral tweet gambar seorang pelajar membakar buku subjek matematik tambahan dikecam netizen, pelajar terbabit tampil memohon maaf dan memberi penjelasan mengapa dia berbuat demikian. 
Terdahulu, pelajar terbabit menggunakan nama Afnaan Althaf kini telah menukar namanya kepada Dato Ponan dengan gambar profil anjing menggonggong sekuntum bunga merah. 
“Saya minta maaf kepada semua. Saya dah tanya junior-junior saya, diorang tak nak pun buku itu atas alasan diorang nak buku past year yang latest dan ada SPM 2018. Lagipun dah guna buku itu dan diorang nak buku latest. Bukan tak nak bagi kat junior dan adik-adik/ 
“Saya bakar dengan niat tak nak buku itu terbiar terbuang di lantai sebab banyak saya tengok buku-buku lain terbiar atas lantai saja. 
“Lagipun saya bakar dan saya tanam dengan niat tak adalah orang terpijak dan biarkan buku hanya dikak orang lain. 
“Akhir kata, rezeki orang lain-lain, tak semua mampu jawab sesuatu itu, kita manusia. Saya masih pelajar dan baru 17 tahun hidup. 
“Terima kasih di atas semua teguran atau mungkin penghinaan. Saya dah say sorry dan saya dah cerita. Sekarang terpulang kepada anda. Spread dis like you spread my mistake!” tulisnya. 
BERITA BERKAITAN: 

Sumber : TheReporter