(Video) Apa Yang Dilakukan Juruterbang Ini Bila Tahu Bekas Gurunya Jadi Penumpang Buat Ramai Sebak

Ini adalah saat-saat dimana seorang juruterbang daripada sebuah syarikat penerbangan di Turki menzahirkan penghargaan kepada bekas gurunya,  Selahattin Onan.

Selahattin Onan merupakan seorang tenaga pengajar juruterbang di syarikat penerbangan Turkish Airlines. Secara kebetulan, ketika itu pesawat yang dinaiki oleh Selahattin dikemudikan oleh anaknya sendiri, Mithat Okhan Onan.

Video berkenaan adalah usaha daripada pengurusan Turkish Airlines sebagai kejutan kepada Selahattin yang bakal menyambut ulang tahun Hari Guru Ke-24 sebagai tenaga pengajar di syarikat itu.

Ketika itu, guru berkenaan antara ratusan penumpang yang menaiki pesawat yang dikendalikan Mithat.

Melalui rakaman video yang tular di media sosial, juruterbang berkenaan dilihat memberi ucapan di dalam bahasa Turki menggunakan alat pembesar suara yang tersedia di dalam pesawat tersebut.

Dari ucapan itulah, guru berkenaan dilihat tidak dapat menahan sebak sehingga mengalirkan air mata. Penumpang-penumpang lain khususnya penumpang wanita juga dilihat terkesan dengan ucapan yang diberikan oleh juruterbang tersebut.

Tidak lama kemudian, dapat dilihat melalui rakaman video yang sama beberapa orang juruterbang yang lain hadir daripada kerusi belakang membawa sejambak bunga sebagai kejutan kepada guru berkenaan.

Keadaan ini membuatkan guru berkenaan bertambah sebak apatah lagi juruterbang-juruterbang tersebut bersalaman sambil mencium tangannya sebagai tanda ucapan terima kasih.

Jadi buat anda di luar sana, jangan sesekali lupa jasa para guru, selain ibu bapa, yang banyak menyumbang bakti dalam membentuk diri anda sehingga anda mampu menjadi diri anda sekarang dan miliki semua yang anda ada pada hari ini.

Saksikan detik-detik penuh emosi tersebut melalui video dibawah.

Sumber : Habeler.comMohamed H Zakaria 

Sumber : SiakapKeli