Ikan Siakap Tiruan Pintar Dengan Alexa Terbina Kini Boleh Dimiliki Orang Ramai

Pada zaman sekarang, terdapat banyak aksesori sesuai untuk rumah pintar. Baik paparan pintar atau pembesar suara pintar yang dikuasakan oleh Google Assistant atau Alexa semuanya sesuai digunakan. Terkini, di Amerika Syarikat – pengguna Alexa boleh mendapatkan ikan siakap tiruan pintar dengan Alexa terbina.

Ikan siakap tirruan pintar ini adalah Big Mouth Billy Bass yang diubahsuai. Big Mouth Billy Bass adalah aksesori ikan siakap tiruan animatronik  menyanyi yang popular di Amerika Syarikat. Ia diperbuat daripada getah dan di dalamnya adalah tengkorak mekanikal. Ikan ini popular dengan menyanyi lagu untuk musim percutian. Ikan ini kemudiannya diubahsuai dengan mengintegrasikan Alexa di dalamnya.

Akan tetapi, untuk menggunakan  ikan siakap tiruan pintar ini – ia perlu diselarikan dengan mana-mana peranti Echo terlebih dahulu. Selepas diselarikan, ia boleh digunakan untuk menetapkan penggera, menjawab soalan asas, atau memainkan muzik.

Ia dijual di Amazon pada harga $39.99 (~RM168) dan boleh dipra-tempah hari ini. Ia akan mula dihantar pada bulan Disember kelak.

Sumber : Amanz