‘Apsal banyak komen pervert?’ – Biadab! Video Bella Hadid makan nasi lemak dicemari komen lucah

Okay, Roti Kaya muat naik video model Amerika, Bella Hadid atau nama sebenar Isabella Khair Hadid, 22, sedang makan nasi lemak di Instagram, dua hari lalu, mendapat banyak reaksi netizen. 

“Sedap nampak Bella Hadid makan nasi lemak,” kapsyen video tersebut. 
Bagaimanapun, di ruangan komen dipenuh dengan komen-komen berunsur lucah dari golongan lelaki, tidak kurang juga dari golongan wanita. 
Komen-komen seperti itu membuatkan netizen lain berasa jijik dan meloyakan. 

“Semua dok komen pasal nasi lemak dia. Dah macam tak ada adab. Hmm..” – @xirns
“Reading all the comments from these kind of men makes me embarrassed and disgusted at the same time. Y’all men really had no shame anymore.
“Bila kata trash, kang marah. Tapi itulah, dah kenyataan. Malu dengan perangai lelaki Melayu ni,” – @uniqxnv
“Lelaki Melayu boleh tak stop tunjuk perangai jijik pervert itu?” – @salmahfox. 
Tidak kurang juga, netizen mempertikaikan apakah niat sebenar pengendali laman itu cuba tunjukkan. 
“Nasi lemak mana yang ko promote min?” – @anakjatimelaka.

Sumber : TheReporter