(Video) Detik-detik Bandar Alaska Dilanda Gempa Bumi Kuat Awal Pagi Tadi

Gempa bumi berkekuatan 7.0 skala magnitud dilaporkan telah melanda beberapa kawasan di Alaska, Amerika Syarikat kira-kira 1.30 pagi (waktu Malaysia), yang menyebabkan berlaku rekahan pada permukaan jalan raya dan dinding pejabat.

Pusat Tinjauan Geologikal Amerika Syarikat mendedahkan bahawa gempa berkenaan berpusat di utara Anchorage, bandar terbesar bandar Alaska dengan populasi seramai 300 ribu orang.

Menurut laporan portal antarabangsa, gempa susulan turut melanda bandar tersebut dengan kekuatan 5.4 magnitud. Amaran tsunami turut dikeluarkan sebelum ditarik semula tidak lama kemudian. Sekurang-kurangnya terdapat 54 gempa susulan dilaporkan.

Kerajaan Amerika Syarikat dalam satu kenyataan mengeluarkan Deklerasi Bencana disebabkan berlaku kerosakkan yang nyata terhadap premis kediaman dan perniagaan menghalang sebarang akses ke wilayah berkenaan untuk sementara waktu. Sehingga kini, hampir 40 ribu isi rumah terjejas dengan bencana tersebut.

Pihak berkuasa negara Uncle Sam itu ketika ini sedang meneliti kesan kerosakkan dan jumlah kerugian yang dialami oleh penduduk.

Tiada kematian dilaporkan setakat ini.

Sumber : CBS News

Sumber : SiakapKeli