Sayangkan Anak Jangan Dipangku-Pangkukan Kerana Malang Tak Berbau

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Setiap ibu bapa mahukan  yang terbaik untuk anak mereka terutamanya ketika bayi. Tapi masih ada segelintir yang terlalu sayangkan anak-anak sehingga mengundang bahaya. Sudah berapa banyak khabar berita yang kita dengar tentang kemalangan jalan raya yang meragut nyawa kanak-kanak?

Jangan jadikan alasan kerana sayang sanggup abaikan keselamatan anak-anak ketika berlaku kemalangan jalan raya atau apa jua keadaan. Hari ini SK ingin berkongsikan tentang penggunaan carseat untuk ibu bapa dalam mengurangkan risiko bayi atau kanak-kanak cedera akibat kemalangan.

Perkongsian yang baik daripada wanita ini untuk masyarakat semua.

Di negara-negara seperti United Kingdom, Jepun, Afrika, Amerika Syarikat dan Kanada sendiri, mereka telah mewajibkan ibu bapa menyediakan penggunaan car seat, jika tidak mereka akan didenda.

Secara asasnya, car seat basic ni terbahagi kepada dua jenis iaitu untuk bayi bawah satu tahun dan kanak-kanak berusia 1tahun-4tahun. Malang tidak berbau dan kita boleh elak dari perkara-perkara tidak enak dari terus berlaku.

Antara kebaikan penggunaan car seat:

1. Jika pangku anak, si ibu tertidur dan ada risiko untuk anak terjatuh tanpa sedar. Jika diletakkan di dalam car seat, kedudukan anak lebih selamat dengan tali keselamatan dipasang.

2. Mudah apabila memandu seorang. Bila anak duduk dalam car seat, senang untuk kawal anak dan perhatian ibu bapa boleh difokuskan pada pemanduan.

3. Anak boleh berdikari dan belajar untuk tidur sendiri. Mula-mula memang akan susah sikit. Bila dah biasa, dia akan selesa.

4. Saiz mengikut umur dan sesuai untuk semua kanak-kanak.

Jika anda tak letak anak pada car seat, jika anda brek kecemasan, anak-anak berisiko terhantuk dan terjatuh atau terlanggar mana-mana bucu yang boleh menyebabkan gegaran otak atau luka parah. Lagi haru, anak tercampak keluar kereta apabila berlaku kemalangan.

Car seat biasanya dipasang utuh pada seat kereta dan apabila berlaku kemalangan, kejadian kanak-kanak atau bayi tercampak yang mana peluang untuk selamat adalah tipis boleh dielakkan (kecuali bagi kes-kes kemalangan maut yang mana melibat kerosakan teruk pada kenderaan).

Bukan sikit-sikit ibu bapa yang menyesal apabila anak terhantuk atau terluka gara-gara mereka kurang mengendahkan keselamatan anak sendiri.

Anda hamil 9 bulan. Anda masih sempat menabung untuk membeli cat seat.
Anda tak mampu beli yang baru, pre love pun ada.

Notakaki:
Sudah tiba masa undang-undang keselamatan ini diperketatkan.
Jangan sampai nasi jadi bubur.

Sumber: Bel Nawhen

Sumber : SiakapKeli