Kaum Rom Purba (753 SM – 476 M): Pembina Tamadun Purba Berpengaruh Di Eropah

Kisah lagenda menyatakan, Rom diasaskan oleh adik-beradik
kembar iaitu Romulus dan Remus, anak kembar kepada Dewa Perang, Mars. Ketika
bayi, mereka berdua dihanyutkan oleh raja berdekatan Alba Longa dan
diselamatkan oleh seekor serigala betina. Apabila meningkat dewasa,
adik-beradik kembar ini berjaya menggulingkan raja yang hanyutkan mereka
kemudian mengasaskan kota di tebing sungai pada tahun 753 SM. Seterusnya
Romulus menjadi raja Rom yang pertama setelah membunuh kembarnya. Raja-raja
sekitar Rom seperti raja orang Sabine, Latin, dan Etruscan mula bersama Romulus
membina kerajaan.

Fasa Rom sebagai kerajaan monarki berakhir pada 509 SMsetelah penggulingan raja ketujuh iaitu Lucius Tarquinius Superbus, di manapara sejarahwan menyifatkan raja Rom ini adalah raja yang zalim berbeza denganraja terdahulu yang berhati baik. Penggulingan ini terjadi dari pemberontakanrakyat yang semakin panas akibat dari tragedi rogol o leh putera raja terhadapanak bangsawan bernama Lucretia. Selepas runtuhnya kerajaan monarki,pemerintahan Rom berganti kepada sistem republic, bermaksud kerajaan milikrakyat sepenuhnya.

GAMBAR 1: Patung yang menggambarkan Romulus dan Remus disusui oleh serigala betina

PENUBUHAN REPUBLIK
ROM

Kuasa raja diserahkan kepada dua buah badan perundangan yang
dinamakan sebagai Consul (Konsul). Consul pula terdiri dari kalangan para ahli
majistret yang berperanan sebagai wakil rakyat dan sebagai komander perang.
Walaupun ahli majistret ini dipilih oleh kalangan rakyat namun mereka tetap
patuh terhadap Senate iaitu sebuah badan besar berperanan sebagai penasihat
Consul. Senate  juga dikuasai oleh
patrician (keluarga rulling class) atau beberapa orang senator yang
keturunannya pernah berkhidmat di zaman Romulus.

Pada tahun 450 SM, Kod Undang-Undang Rom telah dipahat dalam
12 kepingan gangsa. Undang-undang ini merangkumi tatacaranya sendiri, hak sivil
dan harta benda yang sekian lama ditetapkan oleh pemerintahan Rom seterusnya.
Sekitar tahun 300 BC, kuasa kerajaan berpindah tangan kepada Senate. Ertinya,
hanya beberapa orang dari keluarga rulling class dan bangsawan kaya saja
mengetuai pemerintahan.

Awal penubuhan Republik Rom, populasi dan kuasa semakin
berkembang pesat. Walaupun Rom pernah ditumbangkan oleh Gaul pada tahun 390 SM,
Rom kembali pulih ketika pemerintahan wira tentera bernama Camillus, seterusnya
menakluk seluruh semenanjung Itali pada 264 SM. Kemudian berlakunya siri
peperangan bernama Perang Punic di mana Rom menentang Carthage iaitu sebuah
negara-kota milik kaum Phoenicia yang terkuat di Utara Afrika. Pada siri perang
pertama dan kedua, Rom berjaya menguasai Pulau Sicily, pantai barat
Mediterranean, dan sebahagian Sepanyol. Dalam Perang Punic Ketiga (149 – 146
SM), Rom berjaya menghancurkan kota Carthage dan menjadikan penghuni yang
terselamat sebagai hamba, dan menjadikan wilayah Utara Afrika sebagai milik Rom
sepenuhnya. Pada masa yang sama, Rom meluaskan kuasanya di timur di mana raja kerajaan
Mecadonia iaitu Philip V telah digulingkan dalam Perang Macedonia dan menukar
status kerajaannya sebagai wilayah Rom.

KEMPEN PEPERANGAN ROM

Sepanjang kempen penjajahan Rom, perkara yang mengubahkan
100% tamadun Rom adalah percampuran budaya dengan budaya kaum lain sehingga
membentuk sebuah masyarakat yang tinggi kebudayaannya. Contoh paling signifikan
adalah peperangan dengan empayar Yunani Kuno. Rom banyak mendapat manfaat saat
mencedok ilmu kebudayaan Yunani Kunon sehingga pada tahun 240 SM wujudnya
kesusasteraan Rom dan menterjemah bahasa klasik Yunani kepada bahasa Latin. Rom
juga mencedok ilmu seni bina, falsafah, dan agama.

GAMBAR 2: Gaius Marius, ahli konsul pada akhir fasa republik Rom.

ROM DI AKHIR FASA REPUBLIK

Pemerintahan politik Rom semakin goyah saat empayar Rom
berkembang, kemudian berlaku konflik dalaman dan pemberontakan rakyat. Jurang
antara orang kaya dan miskin semakin melebar dan akses kepada kerajaan semakin
ketat dan hanya terhad kepada kelas atau darjat tertentu. Dengan permasalahan
social ini, wujud beberapa gerakan pemberontak yang dimulakan oleh Tiberius
(133 SM) dan Gaius Gracchus (123 – 122 SM) namun pada akhirnya gerakan ini
dilumpuhkan oleh kerajaan.

Gaius Marius, seorang rakyat yang menyertai bidang
ketenteraan telah mengangkat kedudukannya dengan menjadi ahli konsul pada 107
SM iaitu pada fasa akhir Republik Rom. Pada 91 SM, Marius berhadapan dengan
serangan dari pihak musuh termasuklah rakan sejawatnya sendiri iaitu Jeneral Sulla
yang kemudiannya menjadi jeneral dictator pada tahun 82 SM. Selepas Sulla
bersara, bekas pengikutnya iaitu Pompey berkhidmat sebagai ahli konsul sebelum
berjaya dalam kempen peperangan dengan mengalahkan paras lanun di Laut
Mediterranean dan pasukan Mithdidates yang berada di Asia.

KEBANGKITAN CAESAR

Apabila Pompey kembali ke Rom selepas memenangi peperangan,
dia membuat sebuah pakatan dengan tiga orang bangsawan yang bernama First
Triumvirate. Antara ahli pakatan tersebut adalah Marcus Licinius Crassus yang
pernah meleraikan pemberontakan para hamba yang diterajui oleh Spartacus pada 71
SM. Seorang lagi ahli pakatan yang kemudiannya menjadi popular dalam kalangan
ahli konsul adalah Jeneral Gaius Julius Caesar. Selepas Caesar berjaya menawan
Sepanyol, dia kembali ke Rom dan mencalonkan diri dalam pilihan raya konsul
pada 59 SM. Dengan memiliki hubungan baik dengan Pompey dan Crassus, Caesar
mendapat takhta pemerintahan di 3 buah wilayah kaya Rom di Gaul dan setahun
kemudian dia menakluk lagi beberapa buah wilayah lain.

Selepas isteri Pompey (anak perempuan Caesar) meninggal
dunia pada 54 SM, dan Crassus syahid dibunuh dalam perang menentang Parsi pada
tahun seterusnya, pakatan bangsawan itu dibubarkan. Dengan kekacauan politik
Rom, Pompey mentadbir keseorangan di Konsul pada 53 SM. Kejayaan Caesar
menakluk Gaul dan kekayaan hartanya yang semakin bertambah menggugat status
Pompey sehingga dia bergabung dengan Senat bagi menyekat pengaruh Caesar. Pada
49 SM, Caesar dan salah satu pasukan tentera bernama Legion menyeberang Sungai
Rubicon iaitu sempadan semula jadi antara Itali dan wilayah Gaul. Tindakan
Caesar yang dianggap sebagai pencerobohan telah mencetuskan perang sivil
sehingga Caesar menjadi dictator pada 45 SM.

DARI CAESAR BERALIH KE AUGUSTUS

GAMBAR 3: Maharaja Augustus, maharaja Rom pertama.

Setahun selepas perang sivil Itali, Caesar telah dibunuh
oleh sekumpulan musuh terdekat yang diketuai oleh bangsawan bernama Marcus
Junius Brutus dan Gaius Cassius. Ahli konsul Mark Antony dan pewaris angkat
Caesar iaitu Octavian bersatu bagi menumbangkan pemberontakan Brutus dan
Cassius dan kemudian memerintah kembali Rom bersama bekas ahli konsul Lepidus.
Gabungan tiga bangsawan berpolitik menubuhkan lagi pakatan baru iaitu Second
Triumvirate. Walaupun seluruh wilayah dibahagikan kepada ketiga-tiga bangsawan
ini, namun pakatan ini tidak dapat menyelesaikan konflik politik mereka
seterusnya dibubarkan pada 36 SM. Pada 31 SM, Octavian berjaya menumbangkan
pasukan tentera Antony dan Ratu Cleopatra dari Mesir dalam Perang Actium.

Pada 29 SM, Octavian menjadi pemerintah tunggal di seluruh
wilayah Rom. Bagi memastikan takdirnya tidak bertemu dengan  takdir Caesar, dia memastikan kedudukannya
diterima oleh rakyat dengan memperbaiki institusi politik republic Rom walaupun
pada realitinya dia memerintah secara mutlak. Pada 27 SM, Octavian menukar
namanya kepada Augustus dan melantik dirinya sebagai maharaja Rom pertama.

FASA-FASA PEMERINTAHAN MAHARAJA ROM

GAMBAR 4: Empayar Rom di bawah pemerintahan Augustus. Wilayah berwarna kuning adalah empayar Rom sekitar tahun 31 SM. Wilayah berwarna hijau daun adalah wilayah yang telah dijajah pada zaman Augustus manakala wilayah berwarna merah jambu adalah wilayah sekutu Rom.

Bemula dari pemerintahan Augustus, baginda memperbaiki
sistem pemerintahan Rom yang telah lama korup oleh para bangsawan dan
mewujudkan zaman Pax-Romana di mana Rom mencapai zaman keamanan dan kekayaan
mutlak. Baginda juga mereformasikan sistem institusi sosial, memenangi dalam
kempen peperangan, dan menyuburkan bidang seni, kesusasteraan, arkitek, dan
agama. Dengan sokongan para tenterannya dan para pengagungnya, Augustus telah
memerintah selama 56 tahun. Setelah kemangkatan baginda, para Senat mengangkat
Augustus sebagai dewa maka dari sinilah bermula mendewakan para pemerintah
agung mereka.

Dinasti Augustus diteruskan oleh kerabatnya setelah
kemangkatan baginda iaitu Tiberius (14 – 37 M), Caligula yang terkenal dengan
kekejamannya (37 – 41 M), dan Claudius yang pernah diingati kerana kejayaannya
dalam kempen peperangan menakluk Britain (41 – 54 M). Dinasti ini berakhir
dengan pemerintahan maharaja Nero (54 – 68) yang menyalahgunakan harta kerajaan
kemudian membunuh diri saat Rom berada dalam fasa pemberontakan.

Kemudian 4 orang maharaja mengisi takhta Rom dalamtahun-tahun menyeksakan sehingga maharaja ke-4 iaitu Vespasian (69 – 79)bersama pewarisnya iaitu Titus dan Domitian yang kemudian menubuhkan dinasti Flavian,perubahan pengurusan kerajaan Rom berlaku. Mereka bertiga berbahas denganlantang di mahkamah kerajaan bagi memulihkan autoriti Senat dan menggalakkankebajikan awam kepada rakyat. Maharaja seterusnya iaitu Titus (79 – 81)mendapatkan kepercayaan rakyat dengan melakukan kebajikan selepas letusangunung Vesuvius yang telah menghancurkan kota Herculaneum dan Pompeii.

GAMBAR 5: Patung Vespasian, maharaja yang memulihkan kembali Rom setelah tamatnya dinasti Augustus.

Masuk ke zaman pemerintahan Nerva yang dilantik oleh pihak
Senat selepas Domitian, bermula sekali lagi zaman keemasan walaupun Nerva hanya
memerintah selama 2 tahun. Maharaja seterusnya iaitu Trajan, Hadrian, Antoninus
Pius, dan Marcus Aurelius menaiki takhta secara bergilir dengan damai , di mana
mereka dilantik oleh Senat berbeza dengan lantikan dari kalangan kerabat.
Trajan (98 – 117) meluaskan empayar dengan berjaya setelah menumbangkan
kerajaan Dacia yang bertempat di barat laut Romania dan Parsi. Pengganti Trajan
iaitu Hadrian (117 – 138) mengukuhkan sempadan empayar dan melaksanakan tugas
maharaja terdahulu iaitu memperbaiki kestabilan politik dalaman dan melakukan
pembaharuan pentadbiran.

Masuk ke zaman pemerintahan Antoninus Pius (138 – 161), Rom
masih dalam fasa keemasan dan kemakmuran namun konflik berlaku apabila masuk ke
zaman pemerintahan Marcus Aurelius (161 – 180) di mana berlaku penentangan di
Parsi dan Armenia serta pencerobohan kaum gasar Jerman dari utara. Apabila
Marcus nazak dan mangkat apabila perang berlaku di Vienna, baginda melanggar
sistem perlantikan dari Senat dengan melantik anaknya Commodus yang berumur 19
tahun sebagai pengganti.

DI AKHIR TAMADUN ROM PURBA

GAMBAR 6: Rom berada dalam konflik perang yang terpaksa menghadapi pencerobohan kaum gasar Jerman selain berlaku kekacauan politik dalaman.

Rom masuk ke zaman keruntuhan kerana ketidakcekapan maharaja
Commodus (180 – 192) dalam mengurus pentadbiran politik. Seterusnya perang
saudara berlaku akibat Commodus dibunuh oleh menterinya sendiri dan Lucius
Septimius Severus (193 – 211) memenangi perang tersebut dan mengambil takhta.
Sepanjang abad ke-3 Masihi, Rom sengsara dari konflik dalaman yang tiada
kesudahannya. Seramai 22 orang maharaja sentiasa berakhirdengan penbunuhan oleh
pihak atasan sendiri yang mahukan kuasa. Manakala di luar Rom pemberontakan dan
pencerobohan semakin merebak ke seluruh wilayah jajahan terutamanya
pemcerobohan kaum gasar Jerman dan kebangkitan Parsi.

Masuk zaman pemerintahan Diocletian (284 – 305), Rom kembali
aman dari perang saudara namun sukar untuk mengembalikan keamanan di wilayah
luar Rom. Bagi menjaga keamanan empayar, Diocletian menubuhkan sistem
pemerintahan berempat atau tetrarchy, melantik Maximian sebagai penguasa kedua
dan mengambil gelaran yang sama iaitu Augustus. Manakala penguasa ketiga dan
keempat diambil alih oleh 2 orang jeneral kepercayaan Diocletian iaitu Galerius
dan Constantius. Maka, Diocletian dan Galerius menguasai timur empayar Rom
manakala Maximian dan Constantius menguasai bahagian barat empayar.

Rom kembali  goyah
selepas Diocletian dan Maximian meletakkan jawatan. Anak lelaki Constantius
iaitu Constantine bangkit sebagai maharaja Rom yang tunggal menguasai seluruh
empayar Rom pada tahun 324. Baginda memerintahkan pusat pemerintahan dari Rom
ke Byzantium dan menamakan kota Byzantium sebagai Constantinople mengikut acuan
namanya. Semasa perhimpuan Council of Nicaea pada tahun 325, Constantine
menjadikan agama Kristian (ketika itu diamalkan oleh kaum Yahudi) sebagai agama
rasmi Rom.

30 tahun selepas kemangkatan Constantine, empayar Rom
berpecah kepada 2 kerajaan. Bahagian timur empayar menjadi kerajaan Byzantine
yang paling lama mengekalkan kerajaan dengan budaya Rom melawan Parsi manakala
bahagian barat empayar Rom pula semakin merosot dengan perang sivil dan pencerobohan
kaum gasar yang tiada kesudahan.

Akhirnya empayar Rom telah runtuh sepenuhnya kerana hilang
kawalan terhadap wilayah-wilayah yang diceroboh musuh. Wilayah Britain dijajah
pada 410 dan wilayah Sepanyol dan Afrika Utara dijajah pada 430. Attila dan para
pahlawan kaum Hun menceroboh Gaul (Perancis) dan Itali sekitar tahun 450,
menghancurkan ibu kota Rom. Pada bulan September 476, putera Jerman bernama
Odovacar berjaya menguasai Itali dari kawalan tentera Rom. Setelah
menggulingkan maharaja Rom terakhir iaitu Romulus Augustus, para tentara
Odovacar melantik putera itu menjadi raja baru di Itali. Di sinilah berakhirnya
sejarah Rom purba yang panjang dan penuh liku peperangan.

RUJUKAN:

  1. Adkins,
    Lesley; Roy Adkins (1998). Handbook to Life in Ancient Rome. Oxford:
    Oxford University Press.
  2. Ancient Rome, Ancient History. Retrieved 12 Dec
    2018. https://www.history.com/topics/ancient-history/ancient-rome
  3. Casson, Lionel
    (1998). Everyday Life in Ancient Rome. Baltimore: The Johns Hopkins
    University Press.
  4. Flower
    (editor), Harriet I. (2004). The Cambridge Companion to the Roman
    Republic
    . Cambridge, UK: Cambridge University Press.
  5. Henry George
    Liddell (1855). A history of Rome,
    to the establishment of the empire
    . pp. 305.
    Retrieved 31 May 2012
  6. Mackay,
    Christopher S. (2004). Ancient Rome: A Military and Political History.
    Cambridge, UK: Cambridge University Press.

Sumber : ThePatriots