Xiaomi Mi Mix 3 Melepasi Pengesahan Sirim – Akan Dijual Di Malaysia Tidak Lama Lagi?

Xiaomi Mi Mix 3 adalah peranti Xiaomi pertama dengan rekaan panel belakang boleh luncur. Panel belakang ini mengandungi sensor-sensor serta kamera swafoto. Untuk imbasan cap jari, ia menggunakan sensor terbina dalam skrin. Turut terbina pada Mi Mix 3 adalah satu butang akses pintas pembantu maya – Xiao Ai atau Google Assistant.

Terkini, peranti ini dilihat sudah pun melepasi pengesahan SIRIM. Ia dilihat sudah lulus pada 4 Disember lalu. Jadi tidak mustahil peranti ini akan dijual di Malaysia tidak lama lagi. Seperti Mi Mix 2S, harga untuk Mi Mix 3 mungkin boleh dikatakan dalam kategori mampu milik – seperti mana-mana produk Xiaomi yang lain yang dijual pada harga yang menarik.

Ini bermakna, kelak anda boleh memiliki peranti boleh luncur ini di Malaysia secara rasmi tanpa perlu risau dengan masalah menukar ROM cina ke ROM global. Baca pandang pertama Mi Mix 3 di pautan di bawah artikel ini.

Pandang Pertama: Xiaomi Mi MIX 3 – Skrin Penuh Tanpa Takuk Dengan Variasi 10GB RAM

Sumber : Amanz