‘Jarum-jarum semua tak nak, atau saya saman’ – Ibu ugut doktor di Jabatan Kecemasan

Tiada ibu bapa yang mahu melihat anak mereka sakit, begitu juga dengan pegawai perubatan yang sentiasa sedaya upaya membantu merawat anak-anak kecil dari berterusan menanggung sakit, sehinggalah mereka sembuh sepenuhnya. 

Namun, ada satu golongan ibu bapa yang digelar gemar memperlekehkan kaedah perubatan dan menolak menerima rawatan dari klinik kerajaan yang didakwa mereka sebagai ejen Yahudi. 
Berdasarkan perkongsian pegawai perubatan ini pula, ibu kepada anak kecil ini memberi amaran tegas kepadanya agar tidak memberikan sebarang suntikan kepada anaknya atau berdepan dengan tindakan saman.


JAM 4.30 pagi, pasangan suami isteri datang ke Jabatan Kecemasan, dengan anak mereka.

“Doktor, tolong check anak saya. For your information, I don’t want any medication untuk anak saya. Jarum-jarum semua tak nak ye. Kalau tak, saya saman,” kata si ibu. 

Peh! Macam order kedai mamak. “Anney, tak nak ubat satu!” 

Aku nak bagi antibiotik untuk jangkitan tonsil, dia tak nak. Takkan aku nak bagi ceklat angin kot? 

Aku bagi juga ubat dekat anak dia, panggil ayah dia dan terangkan. Tetapi si ibu asyik cakap ubat ini agenda Yahudi dan aku ini ejen Yahudi. 

“Puan, Yahudi bukan Coway untuk ada ejen-ejen.” 

Perkara itu menimbulkan persoalan netizen. Apa gunanya pasangan itu membawa anak mereka ke hospital jika enggan menerima sebarang rawatan?

“Aku tak boleh nak terima betul golongan anti-vaksin, anti suntikan hospital ini. Lepas tu apa sebenarnya yang kau harapkan bila anak kau sakit, kau bawa pergi ke hospital?

“Nak doktor asapkan anak kau dengan kemenyan macam tu?” soal netizen.



Sikap ibu bapa yang tidak bertanggungjawab seperti inilah yang menyebabkan anak menjadi mangsa kejahilan mereka. Lebih teruk lagi jika anak yang tidak mengerti apa-apa dibiarkan ibu bapa sakit begitu saja dan bergantung kepada rawatan yang tidak selamat yang berisiko tinggi menyebabkan anak kehilangan nyawa.

Lebih teruk lagi apabila penyakit yang dihidapi oleh anak mereka berjangkit pula pada kanak-kanak lain. Akibatnya, penyakit itu menjadi wabak dan seterusnya menimbulkan kebimbangan masyarakat.

Ibu bapa dinasihatkan, jangan terlalu bergantung atau percaya pada sumber ilmu perubatan yang tidak bertauliah. Sebaliknya, dapatkan nasihat doktor demi keselamatan dan nyawa anak anda.

Sumber : TheReporter