HP Spectre X360 13 Mula Dijual Di Malaysia Pada Harga Bermula RM 5249

Dengan HP Spectre X360 13, HP menawarkan komputer kerja dengan rekaan yang premium serta ketahanan bateri sehingga 22.5 jam. Bagi pengguna yang mendambakan komputer riba ini, ia mula ditawarkan di Malaysia pada harga bermula dari RM5249 dalam warna Poseidon Blue dan Dark Ash Silver.

Ini adalah untuk model dengan skrin 13.3″ FHD, Intel Core i5-8265U, memori sebesar 8GB RAM dan storan SSD 256GB. Bagi yang inginkan model dengan skrin 13.3″ FHD, Intel Core i7-8565U, memori sebesar 8GB RAM dan storan SSD sebesar 512GB pula ia ditawarkan pada harga RM6499.

Selain rekaan yang premium, Spectre X360 13 juga hadir dengan bicu USB-c yang diletakkan pada bahagian bucu yang unik. Ini menurut HP akan memudahkan proses pemasangan monitor sekunder. Akhir sekali ia turut hadir dengan butang khusus untuk menyahaktifkan kamera web bagi mengelakkan intipan jika kamera digodam.

Sumber : Amanz